Punca sebenar kenapa pemain Morocco bersujud di Piala Dunia Qatar
Punca sebenar kenapa pemain Morocco bersujud di Piala Dunia Qatar
Sebagai hamba Allah, pastinya dalam hidup kita pernah merasai nikmat pemberian-Nya. Harta, keluarga, kegembiraan, kejayaan, keselamatan, kesihatan dan pelbagai lagi nikmat silih berganti menemani kehidupan.
Dan ini juga yang dapat kita lihat dilakukan oleh para pemain bola sepak muslim saat mereka berjaya menjaringkan gol atau memenangi sesebuah perlawanan sepertimana yang dilakukan oleh pasukan Morocco dalam Piala Dunia Qatar ketika ini.
Hakikatnya apa yang dilakukan mereka adalah menzahirkan rasa kesyukuran atas nikmat kejayaan yang Allah limpahkan. Walaupun mungkin ada yang mengatakan hanya cukup sekadar mengungkapkan kalimah “Alhamdulillah” sahaja, namun adakah itu mencukupi?
Firman Allah dalam surah Luqman: 12,
“Dan barang siapa yang bersyukur maka sesungguhnya faedahnya itu terpulang kepada dirinya sendiri, tetapi sesiapa yang kufur (tidak bersyukur, maka tidaklah menjadi hal bagi Allah) kerana sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji.”
Jika kita lihat sirah kehidupan Rasulullah s.a.w, Baginda apabila mendapat kegembiraan atau sesuatu nikmat, maka Baginda akan segera melakukan sujud sebagai manifestasi mengucapkan syukur kepada Allah.
Dan inilah salah satu sunnah perbuatan yang dituntut melakukannya. Ya, mungkin kita sudah mengungkapkan kalimah Alhamdulillah. Akan tetapi apabila disertai dengan perbuatan sujud, maka itu lebih baik sekali.
Apatah lagi, sebagai umatnya, kita mengakui bahawa nabi s.a.w adalah role model terbaik dalam kehidupan. Mengikut sunnahnya secara tidak langsung menunjukkan bahawa kita mencintainya.
Dari Abu Bakrah r.a. katanya, “Bahawasanya nabi s.a.w apabila telah datang kepadanya satu urusan yang menyenangkan atau Baginda gembira kerana sesuatu, Baginda sujud ke tanah sebagai tanda terima kasih kepada Allah” (HR Abu Daud dan Tirmizi)
Terdapat satu kisah yang diceritakan oleh Abdurrahman bin Auf yang mengatakan, suatu ketika, beliau melihat Rasulullah s.a.w. sedang bersujud dengan terlalu lama, hingga beliau merasakan bahawa Allah telah mencabut nyawa Baginda.
Lalu beliau mendekati Rasulullah s.a.w. dan duduk di sisi Baginda. Baginda s.a.w. mengangkat kepala dan berkata, “Siapakah ini? “Abdurrahman,” jawabnya. Baginda bertanya lagi, “Apa kamu buat di sini?”
Jawab Abdurrahman, “Ya Rasulullah, tuan telah bersujud terlalu lama hingga aku khuatir kalau-kalau Allah telah mencabut nyawa tuan di dalam sujud.” Berkata Baginda, “Sesungguhnya Jibril alaihissalam telah datang kepadaku dan menyampaikan berita gembira.”
Adapun sujud yang dilakukan oleh Baginda s.a.w. secara umumnya dikenali sebagai sujud syukur. Sujud ini merupakan manifestasi perbuatan bagi menunjukkan ungkapan syukur dan terima kasih kepada Allah di atas nikmat yang diterima atau terhindar dari sebarang malapetaka bahaya.
Hukum sujud syukur
Sujud ini hanya dihukumkan sunat sebagaimana menurut mazhab Syafie dan Hambali. Dan syarat untuk melakukannya mestilah di luar solat. Sekiranya dilakukan dalam solat maka solatnya terbatal, kerana ia tergolong dalam perbuatan luar solat kecuali terlupa atau jahil.
Untuk melakukan sujud ini, tidak perlu berwuduk. Tetapi cukup hanya suci dari hadas besar atau kecil. Kemudian menghadap kiblat, bertakbir dan terus sujud. Tiada bacaan yang khusus ketika sujud namun yang paling mudah adalah bacaan sujud seperti di dalam solat. Kemudian bertakbir sekali lagi apabila ingin bangkit dari sujud dan terus memberi salam.
Sujud ini juga boleh dilakukan di mana-mana sahaja, asalkan tempat tersebut bersih dari kekotoran najis. Dan perlu juga menutup aurat ketika melakukan sujud ini. Apa pun atas apa jua keadaan, setiap perbuatan perlukan niat sebagaimana hadis nabi s.a.w. Tidak terkecuali, sujud syukur juga perlu berniat untuk melakukannya. Amalan tanpa niat adalah sia-sia.
Bagi mazhab Syafie dan Hambali, makruh melakukan sujud ini dalam waktu-waktu yang dilarang melakukan solat sunat, seperti selepas solat subuh, atau selepas solat asar dan juga ketika mendengar khutbah Jumaat. Wallahu a’lam Utv
Punca sebenar kenapa pemain Morocco bersujud di Piala Dunia Qatar
Baca Artikel Menarik:
- Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]
- MCA semakin terasing hanya mampu menang di kerusi majoriti Melayu
- Kedudukan Anwar tidak terjejas jika empat kerusi Parlimen perlu dikosongkan
- Jho Low memang suka ‘petik’ nama orang kenamaan- Joanna
- Perlembagaan GRS peruntuk keahlian terus individu, kesatuan antara parti – Armizan
- Ismail nafi jumpa Muhyiddin di Jakarta, arah peguam saman fitnah
- Sanusi beritahu Anwar, jumpa di mahkamah
- Mayat berulat dalam rumah
- Melampau! Kepala babi diletakkan di atas bumbung masjid
- Wanita Indon dikecam netizen Malaysia kerana perlekeh Bahasa Melayu
- Arab Saudi mahu bina bangunan tertinggi di dunia dengan kadar ketinggian 2 kilometer
- Pemutihan UMNO perlu untuk elak Langkah Sheraton 2.0 berulang
- Zizan Razak Bagi Amaran Dekat Dara & Janda
- Syafiq Abdullah mahu saman ‘pihak menganiaya’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.