Mahathir Paling Sakit Hati Zahid Jadi TPM

Oleh Norzahira

BUKAN lagi rahsia Tun Dr Mahathir dikatakan telah beberapa kali membuat gerakan untuk membubarkan UMNO. Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang Mahathir tubuhkan juga bertujuan untuk mengantikan UMNO jika mereka berjaya memusnahkan parti tertua di Malaysia itu.

Keputusan Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) sangat unik apabila tiada parti yang mendapat majoriti mudah untuk menjadi kerajaan. Setelah beberapa usaha membentuk kerajaan menemui jalan buntu maka Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan.



Apabila terbentuknya kerajaan Perpaduan maka bermulalah gerakan Mahathir melalui macai-macai beliau untuk berkempen agar Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi tidak dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Hampir setiap hari Kadir Jasin menulis supaya Zahid tidak terlantik sebagai TPM dan Menteri. Kita merancang tetapi perancangan Allah juga yang terbaik.

Akhirnya Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri kerajaan perpaduan. Perkara ini sudah tentu mengundang rasa tidak puas hati Mahathir dan macai-macai beliau.

Kali ini Kadir jasin menuduh pula UMNO parti paling daif, bermasalah dan tidak akan pulih.



Apa yang pasti, UMNO daif kerana fitnah. Habis duit dan harta UMNO dirampas. UMNO tidak akan daif jika Kadir Jasin pulangkan aset UMNO berbilion ringgit kerana beliau dikatakan pernah menjadi proksi semasa bergelar “tokey besar” MRCB.

Suhu politik kini tidak lagi memihak kepada Mahathir. Beliau hilang deposit ketika bertanding di Parlimen Langkawi baru-baru ini. Gelaran kluster Melayu mudah lupa dikatakan antara sebab parti Pejuang milik Mahathir ditolak secara “total” dalam PRU15.

Mahathir kini sudah tidak relevan dalam politik Malaysia. Memang bertambah sakit hati Mahathir apabila Zahid dilantik sebagai TPM ketika beliau kalah hingga hilang deposit dalam PRU15.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker