Lelaki tikam isteri, berang dihina berketurunan tidak baik

Suspek berjaya ditahan polis di lokasi kejadian. – Ist

JAKARTA – Seorang lelaki di Aceh, Indonesia diprovokasi oleh kata-kata isterinya sehingga sanggup menikam wanita itu dan tiga iparnya, lapor laman berita Merdeka.com semalam

Seorang mangsa dilaporkan meninggal dunia, manakala dua lagi terpaksa dimasukkan ke hospital.

Ketua Unit Siasatan dan Jenayah Balai Polis Aceh Selatan, Deno Wahyudi berkata, kejadian itu berlaku pada Isnin lalu di rumah keluarga berkenaan di Daerah Bakongan Timur.

“Awalnya pelaku bertengkar dengan isterinya. Dia marah isterinya menuduh  dia daripada keturunan yang tidak baik. Pelaku merasa dirinya dihina,” kata Deno.

Mendengar kata-kata itu, suspek yang bernama Jamaludin, 42, mengambil sebilah gunting dan menikam isterinya, Hafnidar, 41.

Suspek juga menyerang adik iparnya, Mustawa yang cuba meleraikan pergaduhan. Mangsa berlumuran darah akibat ditikam di dada dan maut ketika dikejarkan ke hospital.

Dua lagi ipar suspek, Nurhadisah dan Ros Mawar turut ditikam ketika cuba membantu mangsa. Jeritan mereka didengari penduduk setempat yang kemudiannya datang ke rumah tersebut.

Suspek kemudian melarikan diri ke tingkat dua rumah tersebut.

Polis kemudian tiba di lokasi kejadian dan cuba menahan Jamaludin. Seorang anggota polis bagaimanapun cedera akibat diserang suspek menggunakan sebilah parang. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kenapa tak suka Watie, tanya anak-anak Shuib

Mike Tyson bawa bapa tunai umrah

Achraf Hakimi punyai isteri paling cantik di dunia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker