Buktikan atau tunggu tindakan KOM, Shahidan beritahu Adam Adli
Buktikan atau tunggu tindakan KOM, Shahidan beritahu Adam Adli
KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) meminta Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim membuktikan dakwaan gejala rasuah yang wujud dalam dunia sukan negara.
Presidennya, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, sekiranya beliau gagal untuk membuktikannya, KOM akan mengambil tindakan terhadap dakwaan tersebut.
Beliau mengingatkan Adam Adli supaya tidak melemparkan kenyataan tidak berasas sebaliknya mula mempertahankan badan-badan sukan di negara ini.
“Sila buktikan badan sukan mana yang terlibat dengan rasuah. Jika tidak kami akan mengambil tindakan terhadap dakwaan yang tidak berasas ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Adam Adli berkata, industri sukan di Malaysia mempunyi banyak potensi untuk berkembang lebih tinggi dengan syarat ia tidak lagi dirosakkan oleh gejala korupsi.
Katanya, Malaysia cukup bertuah kerana mempunyai atlet dan ahli sukan berkelas dunia.
Oleh itu, beliau berharap agar tiada lagi sektor sukan yang dianaktirikan sebaliknya diberi perhatian dan keutamaan yang sewajarnya selepas ini.
Shahidan menambah, sebagai orang baharu, Adam Adli sepatutnya mendapatkan maklumat yang betul sebelum mengeluarkan sebarang bentuk kenyataan.
Katanya, dakwaan rasuah yang dilemparkan tidak membawa kebaikan dan hanya memburukkan nama baik sukan negara.
“Jangan sekali-kali hendak menjadi juara dengan melemparkan kenyataan-kenyataan yang tidak berasas dan kurang fakta.
“Sila dapatkan maklumat lengkap bagaimanakah badan-badan sukan diuruskan oleh orang-orang yang dipilih.
“Ini adalah kurang sihat dan tidak sesuai dikeluarkan oleh seorang Timbalan Menteri Belia dan
Sukan,” katanya lagi. Utv
Buktikan atau tunggu tindakan KOM, Shahidan beritahu Adam Adli
Baca Artikel Menarik:
- Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]
- MCA semakin terasing hanya mampu menang di kerusi majoriti Melayu
- Kedudukan Anwar tidak terjejas jika empat kerusi Parlimen perlu dikosongkan
- Jho Low memang suka ‘petik’ nama orang kenamaan- Joanna
- Perlembagaan GRS peruntuk keahlian terus individu, kesatuan antara parti – Armizan
- Ismail nafi jumpa Muhyiddin di Jakarta, arah peguam saman fitnah
- Sanusi beritahu Anwar, jumpa di mahkamah
- Mayat berulat dalam rumah
- Melampau! Kepala babi diletakkan di atas bumbung masjid
- Wanita Indon dikecam netizen Malaysia kerana perlekeh Bahasa Melayu
- Arab Saudi mahu bina bangunan tertinggi di dunia dengan kadar ketinggian 2 kilometer
- Pemutihan UMNO perlu untuk elak Langkah Sheraton 2.0 berulang
- Zizan Razak Bagi Amaran Dekat Dara & Janda
- Syafiq Abdullah mahu saman ‘pihak menganiaya’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET