Beri peluang Anwar bersama Kabinetnya urus negara
SAUDARA PENGARANG,
SUDAH-SUDAHLAH puak-puak yang tidak berpuas hati atas kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu. Cukup-cukuplah mengeluarkan kenyataan yang menambah rasa meluat rakyat.
Hentikanlah menular rasa benci rakyat kepada kerajaan. Rakyat sebenarnya hanya mahu hidup aman dan tenang selain mahu kerajaan menunaikan manifesto mereka agar mereka tidak terus dibebani masalah sosioekonomi.
Mandat telah diberikan oleh rakyat, malah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya membuktikan sokongan majoriti. Bahkan, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua 30 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan.
Rakyat harus sedar bahawa pemerintahan sekarang adalah kerajaan perpaduan, bukannya PH.
Sudah pasti ada sebab mengapa beliau berani mengambil risiko meletakkan beberapa pemimpin BN dalam jemaah Kabinetnya walaupun menyedari banyak pihak tidak berpuas hati mengenai perkara itu.
Saya melihat BN mungkin boleh menjadi semak dan imbang dalam kerajaan malah menjadi benteng sekiranya ada desakan daripada pihak yang mahu meruntuhkan semangat erpaduan, institusi beraja, mempersoalkan Islam sebagai agama rasmi mahupun meminta hak sama rata dengan bumiputera.
Biarlah Anwar dan Kabinetnya bekerja. Biar beliau buktikan kemampuannya dan nilai integriti yang sering diungkapkannya. Biarlah jemaah menteri membuktikan keupayaan mentadbir negara.
Jika beliau ‘terlajak’ atau memungkiri janji, menjadi hak rakyat untuk bersuara dalam PRU16 nanti. Rakyat mempunyai hak sangat besar untuk memilih kerajaan yang terbaik.
Buat masa ini, kita sebagai rakyat perlu melihat dan menilai setiap tindak tanduk pemimpin kerajaan.-UTUSAN
ZAINI AB. FATAH
Kedah
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- 4 MP Bersatu perlu kosong kerusi?
- Bersatu sasar bunuh Umno tapi tersasar – Zahid
- Projek tebatan banjir sudah lulus tapi ditangguh kerana PRU15 – Anwar
- PN, Pas tunggu saya keluar kenyataan minggu depan – Rafizi
- Muhyiddin jangan berlagak macam Trump
- NGO Indonesia bidas kenyataan ‘tak beretika’ Saifuddin berkait layanan tahanan
- Kaesang, Erina, anak dan menantu Jokowi selamat bergelar suami
- Lelaki tengah solat boleh tersipu malu bila jadi tumpuan kamera dipuji ‘comel’ oleh Baby Shima[VIDEO]
- Bumiputera terus ketinggalan
- Baru angkat sumpah jawatan, rakyat desak letak jawatan
- Anwar bakal tempuh ujian terbesar 19 Disember ini
- Jalan mana pilihan UMNO?
- Ezra Kong ketepikan Datuk M. Nasir, raih royalti MACP 2022 paling tinggi
- 14 ADUN Sabah selamat walaupun ‘lompat’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal
Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah
You must be logged in to post a comment.