Wanita sakit perut terkejut lahirkan bayi dalam tandas pesawat

Tamara melahirkan anak dalam penerbangan syarikat KLM ke Amsterdam. – CEN

QUITO, Ecuador – Seorang wanita dari Ecuador terkejut apabila dia melahirkan bayi di dalam tandas sebuah pesawat kerana tidak menyedari dirinya telah hamil, lapor akhbar Daily Star semalam.

Tamara telah melakukan perjalanan ke Madrid, Sepanyol dengan menaiki penerbangan syarikat KLM Belanda yang perlu melakukan transit di lapangan terbang Schiphol, Amsterdam.

Ketika kejadian, dia pergi ke tandas kerana mengalami sakit perut hanya beberapa jam sebelum pesawat itu tiba di lapangan terbang tersebut.

Tamara bernasib baik kerana terdapat dua doktor dan seorang jururawat di dalam penerbangan itu datang untuk membantunya.



Syarikat penerbangan mempunyai polisi ketat yang melarang wanita sarat daripada terbang kerana risiko dan bahaya untuk bersalin di udara.

Dia sangat berterima kasih atas bantuan mereka sehingga menamakan anaknya, Maximiliano sempena nama salah seorang doktor dalam penerbangan itu.

Sebaik sahaja mereka mendarat di Belanda dengan selamat, Tamara dan bayinya dibawa dengan ambulans ke hospital Spaarne Gasthuis Haarlem South yang terletak di barat Amsterdam.

Jurucakap syarikat penerbangan mengesahkan bahawa ibu dan bayi itu berada dalam keadaan baik.



Mereka kini menunggu kertas kerja rasmi untuk bayi itu disiapkan sebelum boleh meneruskan perjalanan ke Madrid. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal

Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah



Bersatu akan tetap ‘mati’ di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker