Wakil rakyat tak dibenarkan berceramah di masjid, surau di Perak
Wakil rakyat tak dibenarkan berceramah di masjid, surau di Perak
Wakil rakyat yang telah ditauliahkan diingatkan bahawa mereka tidak dibenarkan mengadakan ceramah di masjid dan surau negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Beliau berkata ia juga bagi menghormati titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berhubung garis panduan itu sebelum ini, supaya menjaga kesucian rumah ibadat beragama Islam daripada aktiviti parti politik.
“Pekeliling yang dikeluarkan jelas mengatakan tiada orang politik dibenarkan untuk berucap dalam surau atau masjid termasuk saya sendiri, Menteri Besar adalah Exco Agama slam dan banyak kali saya dijemput untuk berucap semasa menghadiri solat Jumaat, tetapi saya berpegang dengan titah Sultan Perak dengan tidak menyampaikan ucapan,” katanya selepas menjadi tetamu pada rancangan Selamat Pagi Cikgu Saarani di stesen radio PerakFM di Ipoh hari ini.
Saarani berkata mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang sebelum ini merupakan pemegang tauliah atau ustaz yang menyampaikan kuliah, kini adalah terikat dengan pekeliling itu termasuk Menteri Besar atau berdepan dengan tindakan penarikan semula tauliah mengajar daripada Jabatan Agama Islam Perak.
Semalam, bekas ADUN Titi Serong Hasnul Zulkarnain Abd Munaim menerusi laman Facebooknya memuat naik poster kuliah maghrib yang disampaikan oleh seorang ADUN di sebuah masjid di Kampung Seri Klebang dan memohon tindakan sewajarnya.
Dalam perkembangan lain, Saarani berkata bejet yang akan dibentangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri pada minggu hadapan, antaranya menumpukan perkara berkaitan sekuriti makanan, peluang keusahawanan, perniagaan dan kebajikan rakyat, selari dengan Pelan Perak Sejahtera 2030.
“Selain pembangunan modal insan dan kecekapan pentadbiran kerajaan, ia juga menjurus kepada penyediaan bajet yang mencukupi bagi pentadbiran kerajaan berjalan dengan lancar dan pada masa sama, aspek-aspek kebajikan rakyat diambil kira,” katanya. Mk
Wakil rakyat tak dibenarkan berceramah di masjid, surau di Perak
Baca Artikel Menarik:
- 4 MP Bersatu perlu kosong kerusi?
- Bersatu sasar bunuh Umno tapi tersasar – Zahid
- Projek tebatan banjir sudah lulus tapi ditangguh kerana PRU15 – Anwar
- PN, Pas tunggu saya keluar kenyataan minggu depan – Rafizi
- Muhyiddin jangan berlagak macam Trump
- NGO Indonesia bidas kenyataan ‘tak beretika’ Saifuddin berkait layanan tahanan
- Kaesang, Erina, anak dan menantu Jokowi selamat bergelar suami
- Lelaki tengah solat boleh tersipu malu bila jadi tumpuan kamera dipuji ‘comel’ oleh Baby Shima[VIDEO]
- Bumiputera terus ketinggalan
- Baru angkat sumpah jawatan, rakyat desak letak jawatan
- Anwar bakal tempuh ujian terbesar 19 Disember ini
- Jalan mana pilihan UMNO?
- Ezra Kong ketepikan Datuk M. Nasir, raih royalti MACP 2022 paling tinggi
- 14 ADUN Sabah selamat walaupun ‘lompat’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal
Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah