Seloroh Mbappe, Hakimi jadi realiti
Seloroh Mbappe, Hakimi jadi realiti
DOHA: Tiada siapa boleh meramalkan Perancis bertemu Maghribi pada separuh akhir Piala Dunia sebelum kejohanan itu bermula.
Bagaimanapun, Kylian Mbappe sudah bermimpikannya pada siang hari, tepatnya Mei lalu ketika menyertai perlawanan jelajah Paris Saint-Germain (PSG) di Qatar.
Penyerang Les Bleus itu berjenaka mengenai kemungkinan dia berbaris untuk menentang rakan sepasukannya di PSG, Achraf Hakimi.
Dua pemain bintang yang menjadi sandaran negara mereka pada Piala Dunia, menjadi rakan baik di ibu negara Perancis itu, namun apabila bercakap mengenai Piala Dunia, Mbappe berseloroh dengan menyatakan dia akan “memusnahkan” rakan sekelabnya itu jika mereka bertembung.
Ramai rakan sepasukan di kelab menjadi musuh di peringkat antarabangsa tetapi penyerang Les Bleus itu kelihatan tidak sabar untuk bertemu rakan sekelabnya di pentas tertinggi. Kata-kata Mbappe yang disiarkan di laman sosial kini menjadi realiti.
Sebelum turun menentang Tunisia penyerang itu sekali lagi berjenaka: “Kami berada di sini di Stadium Education City… Perancis-Tunisia, saya harap kami menang dan kemudian bertemu Maghribi.”
Dalam satu detik yang kini lebih istimewa berbanding ketika ia dipertuturkan, Mbappe merenung ke arah Hakimi dengan satu senyuman lebar dan mengakhiri jenakanya dengan berkata, “Saya terpaksa memusnahkan sahabat saya.” Dengan semangat kesukanan bintang Maghribi itu membalas: “Saya akan menghancurkan dia.”
Apa sahaja boleh berlaku pada Piala Dunia, terutama apabila memperkatakan mengenai memenangi satu perlawanan.
Maghribi melakar sejarah bola sepak Afrika dan perlawanan itu amat bermakna buat mereka. Dengan Mbappe dan Perancis memburu sejarah mereka tersendiri, dua rakan sepasukan di PSG itu jelas tidak sabar untuk bertemu.
Selepas Perancis mengesahkan kemenangan ke atas England pada suku akhir, Hakimi menghantar mesej ringkas di laman Twitter kepada Mbappe. “Jumpa anda tidak lama lagi sahabatku.”
Mbappe juga mengunjungi Hakimi di hotel pasukan Maghribi di pinggir kota Doha dua minggu lalu.
Kedua-duanya mula berkawan apabila pertahanan kanan Maghribi itu menyertai Mbappe di PSG pada Julai 2021 dari Inter Milan dengan bayaran perpindahan dilaporkan sekitar 60 juta euro (RM280 juta).
Mereka juga dilahirkan dalam jarak beberapa minggu – Mbappe (20 Disember 1998) dan Hakimi (4 November 1998) – hanya beberapa bulan selepas Perancis memenangi Piala Dunia buat julung kali.
Hakimi mendedahkan mengenai kedua-duanya yang berkongsi minat sama terhadap muzik dan permainan video dan bagaimana Mbappe membantu pemain kelahiran Madrid itu belajar bertutur bahasa Perancis.
Hakimi seorang pemain beragama Islam dan bagi perayaan Aidilfitri tahun ini mereka bergabung dalam satu video yang dikongsikan kelab itu. Hakimi membantu Mbappe, yang mempunyai pertalian saudara dengan negara jiran Maghribi di utara Afrika, Algeria, untuk menikmati masakan Arab.
“Mudah untuk beraksi dengan pemain sepertinya,” kata Hakimi mengenai Mbappe. “Untuk mengumpan bola kepadanya, menyedari dia boleh melakukan sesuatu yang luar biasa.” BH
Seloroh Mbappe, Hakimi jadi realiti
Baca Artikel Menarik:
- 4 MP Bersatu perlu kosong kerusi?
- Bersatu sasar bunuh Umno tapi tersasar – Zahid
- Projek tebatan banjir sudah lulus tapi ditangguh kerana PRU15 – Anwar
- PN, Pas tunggu saya keluar kenyataan minggu depan – Rafizi
- Muhyiddin jangan berlagak macam Trump
- NGO Indonesia bidas kenyataan ‘tak beretika’ Saifuddin berkait layanan tahanan
- Kaesang, Erina, anak dan menantu Jokowi selamat bergelar suami
- Lelaki tengah solat boleh tersipu malu bila jadi tumpuan kamera dipuji ‘comel’ oleh Baby Shima[VIDEO]
- Bumiputera terus ketinggalan
- Baru angkat sumpah jawatan, rakyat desak letak jawatan
- Anwar bakal tempuh ujian terbesar 19 Disember ini
- Jalan mana pilihan UMNO?
- Ezra Kong ketepikan Datuk M. Nasir, raih royalti MACP 2022 paling tinggi
- 14 ADUN Sabah selamat walaupun ‘lompat’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal
Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah
You must be logged in to post a comment.