Sanusi disaman Anwar

Sanusi disaman Anwar

Perdana Menteri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah terhadap Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor kerana mendakwanya “berperwatakan tidak bermoral”.

Dalam saman difailkan Tetuan S N Nair & Partners di Mahkamah Tinggi di Alor Setar, Anwar menuntut ganti rugi terhadap Sanusi kerana merosakkan reputasinya.



Sanusi didakwa telah membuat kenyataan itu pada satu ceramah menjelang pilihan raya umum. Selepas itu, video ucapan berkenaan disiarkan di Facebook.

Pada 17 Nov, Anwar menghantar surat tuntutan kepada pemimpin PAS itu supaya segera menarik balik ucapan yang disifatkannya berunsur fitnah.

Bagaimanapun, sehari kemudian, Sanusi berkata beliau tidak akan memohon maaf dan bersedia berdepan Anwar di mahkamah.

Anwar juga memohon injunksi terhadap Sanusi daripada mengeluarkan, menulis, menerbitkan atau mengedarkan kenyataan yang disangkal itu yang dianggap berunsur fitnah.



Kandungan ucapan Sanusi juga dilaporkan dalam media.

Dalam pernyataan tuntutannya itu, Anwar mendakwa Sanusi membayangkan bahawa beliau telah menyalahgunakan kuasa sebagai Ahli Parlimen, penipu, pengkhianat, munafik dan bukan Islam yang baik.

Anwar menerima pengampunan diraja penuh dari Yang di-Pertuan Agong pada 16 Jun 2018 bagi tiga sabitan terhadapnya – iaitu satu tuduhan salah guna kuasa dan dua tuduhan liwat – atas alasan berlakunya “salah laksana keadilan”. FMT

Sanusi disaman Anwar




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal



Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah

Bersatu akan tetap ‘mati’ di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker