Lima ADUN PH Melaka kini wakil rakyat kerajaan
Lima ADUN PH Melaka kini wakil rakyat kerajaan
MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka hari ini mengesahkan membentuk Kerajaan Perpaduan bersama Barisan Nasional (BN) di negeri ini selaras dengan perkembangan politik semasa di peringkat Persekutuan.
Ini bermakna lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang dahulunya berada dalam blok pembangkang bersama dua lagi ADUN Perikatan Nasional (PN), kini bertukar posisi ke blok kerajaan.
Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, hasil pertemuan dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali telah mencapai kata sepakat untuk mengangkat semangat Kerajaan Perpaduan di negeri ini.
Jelas beliau, perbincangan bersama BN Melaka juga telah memberi ruang kepada lima ADUN PH untuk duduk di blok kerajaan dalam Sidang DUN yang bermula semalam.
“Ini dapat dilihat menerusi perubahan kedudukan susunan ADUN dalam dewan serta pelantikan Ketua Pembangkang yang baharu, secara tidak langsung semangat kerjasama Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan turut dibawa di Melaka.
“Kerajaan ini (Melaka) adalah Kerajaan Perpaduan, dalam tempoh yang singkat banyak penarikan yang kita buat, tapi saya yakin bahawa hasrat untuk memastikan kerajaan stabil dan melaksanakan pelbagai program yang berkaitan rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Adly berkata, kerjasama yang baharu dibentuk itu diharap dapat diterjemahkan dengan semangat yang lebih baik pada masa depan.
Tambah Ahli Parlimen Alor Gajah itu, kerajaan negeri yang amat stabil berjaya dibentuk di Melaka kerana kini terdapat 26 daripada 28 ADUN di blok kerajaan.
Selain Adly yang juga ADUN Bukit Katil, empat lagi wakil rakyat PH ialah ADUN Bandar Hilir, Leng Chau Yen; ADUN Kota Laksamana, Low Chee Leong; ADUN Ayer Keroh, Kerk Chee Yee dan ADUN Kesidang, Allex Seah Shoo Chin.
Blok pembangkang sekarang hanya diwakili dua wakil rakyat PN iaitu ADUN Bemban, Dr. Mohd. Yadzil Yaakub dan ADUN Sungai Udang, Dr. Mohd. Aleef Yusof. K Online
Lima ADUN PH Melaka kini wakil rakyat kerajaan
Baca Artikel Menarik:
- 4 MP Bersatu perlu kosong kerusi?
- Bersatu sasar bunuh Umno tapi tersasar – Zahid
- Projek tebatan banjir sudah lulus tapi ditangguh kerana PRU15 – Anwar
- PN, Pas tunggu saya keluar kenyataan minggu depan – Rafizi
- Muhyiddin jangan berlagak macam Trump
- NGO Indonesia bidas kenyataan ‘tak beretika’ Saifuddin berkait layanan tahanan
- Kaesang, Erina, anak dan menantu Jokowi selamat bergelar suami
- Lelaki tengah solat boleh tersipu malu bila jadi tumpuan kamera dipuji ‘comel’ oleh Baby Shima[VIDEO]
- Bumiputera terus ketinggalan
- Baru angkat sumpah jawatan, rakyat desak letak jawatan
- Anwar bakal tempuh ujian terbesar 19 Disember ini
- Jalan mana pilihan UMNO?
- Ezra Kong ketepikan Datuk M. Nasir, raih royalti MACP 2022 paling tinggi
- 14 ADUN Sabah selamat walaupun ‘lompat’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal
Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah