Lelaki rugi AS30,000 disamun ketika tukar wang di Ampang
AMPANG – Seorang lelaki yang ingin membuat urusan pertukaran wang asing mengalami kerugian dolar Amerika Syarikat (AS) 30,000 selepas disamun seorang lelaki warga Lubnan di hadapan sebuah restoran di Ampang Poin pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam kejadian pada jam 12.30 tengah hari itu, pengadu bersama rakannya menaiki sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipandu oleh suspek.
“Apabila tiba di lokasi kejadian, suspek telah turun dari kereta untuk tujuan perbincangan penukaran wang, setelah persetujuan mangsa mengeluarkan wang sebanyak dolar AS 30,000 daripada beg sandang sambil diperhatikan oleh suspek.
“Sebaik bungkusan berisi wang dikeluarkan, suspek bertindak merampas wang tersebut lalu membawa lari menuju ke sebuah kereta lain disyaki jenis Toyota Vios yang dipandu oleh seorang lelaki yang menunggu berhampiran tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Mohamad Farouk berkata, suspek juga telah meninggalkan sejumlah wang ringgit Malaysia disyaki palsu.
“Siasatan awal mendapati pengadu berjumpa dengan suspek atas urusan hendak menukarkan wang dolar AS dengan wang ringgit Malaysia sebanyak RM150,000, mangsa akan mendapat keuntungan sebanyak RM15,000 hasil dari pertukaran wang tersebut,” jelasnya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 489C Kanun Keseksaan.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- 4 MP Bersatu perlu kosong kerusi?
- Bersatu sasar bunuh Umno tapi tersasar – Zahid
- Projek tebatan banjir sudah lulus tapi ditangguh kerana PRU15 – Anwar
- PN, Pas tunggu saya keluar kenyataan minggu depan – Rafizi
- Muhyiddin jangan berlagak macam Trump
- NGO Indonesia bidas kenyataan ‘tak beretika’ Saifuddin berkait layanan tahanan
- Kaesang, Erina, anak dan menantu Jokowi selamat bergelar suami
- Lelaki tengah solat boleh tersipu malu bila jadi tumpuan kamera dipuji ‘comel’ oleh Baby Shima[VIDEO]
- Bumiputera terus ketinggalan
- Baru angkat sumpah jawatan, rakyat desak letak jawatan
- Anwar bakal tempuh ujian terbesar 19 Disember ini
- Jalan mana pilihan UMNO?
- Ezra Kong ketepikan Datuk M. Nasir, raih royalti MACP 2022 paling tinggi
- 14 ADUN Sabah selamat walaupun ‘lompat’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal
Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah
Bersatu akan tetap ‘mati’ di Sabah
You must be logged in to post a comment.