Kenapa perlu bersangka baik sebagaimana dianjurkan Islam

Kenapa perlu bersangka baik sebagaimana dianjurkan Islam

Tekanan akut dan jangka pendek mungkin boleh merangsang tubuh dan memperbaiki beberapa aspek kesihatan tapi berhati-hati tekanan berterusan dan kronik amat berbahaya kepada kesihatan.

Pemikiran negatif menyebabkan perubahan kepada neurotransmitters dan hormon serta memberi kesan langsung kepada kesihatan jantung, sistem imun, otak, sistem endokrin dan penghadaman. Manakala risiko paling besar adalah kematian.

Lebih baik cepat bertindak jika kebimbangan, kerisauan telah menguasai fikiran kerana itu tandanya ada sesuatu yang perlu diubah. Jangan biarkan tekanan kronik membawa keletihan berpanjangan dan kemurungan kerana akibatnya sudah tentu buruk. Ada banyak perkara buruk yang selalu dikaitkan dengan tekanan.

Tekanan dan kesakitan

Satu kajian pernah dilakukan pada 2012, dibiayai oleh Wright State University School of Medicine di Ohio, Amerika Syarikat. Pengkaji membuat kajian tentang kesan pemikiran negatif ke atas simptom kesakitan.

Pesakit yang mengalami sindrom keletihan kronik, fibromyalgia, penyakit saluran pernafasan dan pembedahan akan menjadi bertambah teruk jika sentiasa berfikiran negatif. Pengarah kajian, Dr. R. Sansone dan Dr. Lori A Sansone, mencadangkan terapi kognitif, terapi kesedaran dan aktiviti fizikal sebagai metode paling baik untuk mengurang gejala-gejala kesakitan.

Tekanan dan sistem imun

Jika anda hendak mengelakkan selesema dan demam semasa musim sejuk, salah satu perkara terbaik yang boleh dilakukan adalah berfikiran positif dan belajar untuk sentiasa mengatakan diri sihat.

Menurut kajian meta analisis, stres akut dan kemurungan mempunyai hubungan langsung dengan kegagalan sistem imun dan kesihatan mental yang menyebabkannya badan tidak berupaya untuk menentang jangkitan.

Manakala penemuan kajian yang telah dibiayai oleh University of Pennsylvania di Amerika Syarikat dan telah diterbitkan di jurnal Brain, Behavior dan Imunity 2001, membuktikan bahawa stres akut dan kemurungan jangka panjang (depression) menyebabkan jumlah sel darah putih menurun dan mendatang risiko jangkitan penyakit.

Adalah penting untuk belajar bagaimana berfikir secara positif, segera singkirkan pemikiran negatif atau kemurungan yang datang. Cara yang paling baik adalah habiskan masa bersama orang yang anda sayang di tempat yang membuatkan anda gembira untuk membantu badan menjadi kuat secara semula jadi.

Tekanan dan gula dalam darah

Walaupun dengan diet yang sempurna dan cara hidup yang sihat, mengawal pengambilan gula dalam darah dan menggalakkan rembesan insulin namun ia terlalu sukar untuk mengelakkan dari diserang diabetes jenis 2 jika hidup selalu tertekan.

Para penyelidik dari Assaf Harofeh Medical Center di Israel membuat pemerhatian ke atas pesakit yang tidak menghidapi diabetes tetapi mengalami tekanan psikotik akut. Mereka mendapati metal dan kestabilan emosi mempunyai kesan langsung ke atas hormon dan kandungan gula di dalam darah.

Pesakit yang sering mengalami tekanan mempunyai tahap insulin yang tinggi, rendah sensitiviti insulin dan gula di dalam darah meningkat. Kajian yang telah diterbitkan di dalam Diabetes Care 2003 membuktikan bahawa emosi, pemikiran, stres dan kebahagiaan memainkan peranan penting untuk mencegah diabetes.

Tekanan dan kematian

Perasan gembira dan belajar untuk menguruskan stres adalah faktor penting untuk hidup lebih lama dan sihat. Menurut satu kajian yang diterbitkan di dalam The American Jurnal of Public Health 1987, wanita dan lelaki yang merana kerana kehilangan pasangan menghadapi risiko kematian tinggi. Ia bukan saja berpunca daripada serangan jantung tetapi juga kanser, kemalangan, bunuh diri dan keganasan.

Manakala penyelidikan yang dilakukan di Universiti Helsinki di Finland, 95,000 pasangan yang ditinggalkan mengalami tekanan dan meningkatkan risiko kematian kerana putus asa dengan kehidupan.

Dari kajian itu jelas menunjukkan bahawa tekanan emosi dan pemikiran negatif mempunyai kesan langsung dengan peningkatan risiko kanser dan penyakit kardiovaskular. Selain juga menyebabkan insomnia, pengambilan makanan berlebihan, merokok dan mengambil minuman keras.

Apa yang boleh dilakukan

Apabila diri dilanda tekanan, tidak bahagia dan kemurungan yang berterusan, perkara paling penting pilihlah kawan-kawan atau seseorang yang boleh dipercayai untuk bercakap.

Jika perlu pergilah kepada yang lebih profesional untuk mendapatkan bantuan dan sokongan moral. Kalau pekerjaan, kerjaya, perhubungan dan kewangan menjadi masalah stres, bacalah al-Quran atau sejarah para sahabat yang boleh memotivasikan. Paling kurang pun membacalah buku-buku yang boleh menaikkan semula semangat untuk hidup.

Selain itu senaman, pengambilan makanan yang seimbang dan perubahan cara hidup mungkin boleh memberi kesan drastik kepada mod dan perspektif kehidupan. Apa yang paling penting setkan dalam pemikiran untuk berfikir secara positif, bersangka baik dengan segala yang berlaku dalam persekitaran dan percaya dengan qada dan qadar Allah.

Ingatlah setiap perkara yang berlaku sama ada baik atau buruk mempunyai hikmah yang paling baik kepada diri. Jika tidak di dunia sekalipun, di akhirat pasti akan diberi balasan dan ganjaran. Wallahu a’lam Utv

Kenapa perlu bersangka baik sebagaimana dianjurkan Islam
Kenapa perlu bersangka baik sebagaimana dianjurkan Islam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal

Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah

Bersatu akan tetap ‘mati’ di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker