Buaya Tembaga Lintas Jalan

Buaya Tembaga Lintas Jalan

Kemunculan seekor buaya tembaga di atas jalan di Kampung Air Hitam, Kuantan telah menggemparkan penduduk setempat pada malam Isnin.

Air parit melimpah

Difahamkan, kejadian yang berjaya dirakam penduduk sekitar jam 9 malam itu dipercayai berpunca daripada limpahan air parit akibat hujan yang berterusan.

Memetik laporan Harian Metro, seorang penduduk, Abu Sufian Husin, 54, berkata kampung berkenaan tidak pernah menerima kehadiran reptilia itu sebelum ini.

Saya melalui jalan Kampung Air Hitam malam tadi untuk ke surau menunaikan solat, tapi tidak bertembung dengan buaya itu. Selepas Isyak, saya melihat video tular kemunculan buaya tembaga dan mengikut jalan lain untuk pulang kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini. Saya yang membesar di kampung ini hanya pernah melihat kemunculan buaya di Sungai Air Hitam dan Sungai Belat.

Dalam pada itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang, Rozidan Md Yasin memaklumkan akan menghantar sepasukan anggotanya ke lokasi bagi tindakan lanjut. Tambah Rozidan, penduduk kampung dinasihati agar lebih berhati-hati di musim tengkujuh ini.
Sumber: Harian Metro & Rafiq Khan

Buaya Tembaga Lintas Jalan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal

Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah

Bersatu akan tetap ‘mati’ di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker