Air mata jantan Fendy Bakry gugur, kucing kesayangan mati

MISSY antara 13 ekor kucing yang dibela Fendy Bakry bersama isterinya.

“Anak yang baik, tak nakal. Sentiasa jadi pendengar yang baik walaupun kita tak tahu apa yang dia fikirkan atau faham.”

Demikian luahan hati pelakon Fendy Bakry yang gagal menahan kesedihan apabila kucing kesayangannya yang diberi nama Missy mati.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Fendy tidak dapat menahan rasa sedih sehingga menangis selepas kucing berwarna kelabu yang dibela sejak kecil itu mati akibat pendarahan dalam paru-paru.

“Aku tatang dari kecil sejak mula-mula ambil di @kieracatkongdom dan akan sentiasa dapatkan rawatan di klinik.

“Tapi semalam, Missy dah pergi (mati) tinggalkan aku dan isteri disebabkan paru-paru berdarah,” kata pelakon drama Hati Yang Dikhianati itu.

Pelakon berusia 34 tahun itu turut mendedahkan dirinya bukanlah seorang pencinta haiwan pada mulanya kerana pernah beranggapan individu yang menangis kerana kematian haiwan hanya mengada-ngada.

Namun, selepas memelihara kucing sebanyak 13 ekor sejak 10 tahun lalu, Fendy kini faham akan perasaan mereka yang mempunyai haiwan kesayangan.

“Begini rasanya perasaan seorang pencinta kucing yang sedih kerana kehilangan. Bila orang kongsi tentang kematian kucing mereka, aku mesti cakap kucing sahaja pun, jangan layankan sangat.

“Tapi itu dulu, cerita 10 tahun lepas. Aku sekarang bela bukan setakat seekor, tapi dah 13 ekor. Semuanya bermula dengan Missy,” katanya.

Menganggap Missy umpama anak sendiri, Fendy dan isterinya yang menggelarkan diri mereka sebagai daddy dan mommy mengucapkan terima kasih kepada kucing tersebut kerana hadir dalam hidupnya.

“Terima kasih nak, hadir dalam hidup daddy dan mommy, berkongsi kebahagiaan dan kasih sayang bersama. Tenanglah di sana. Missy dah tak sakit lagi.

“Kami sayang awak. Daddy simpan sini (video) supaya tak hilang okey,” kata Fendy

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal

Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah

Bersatu akan tetap ‘mati’ di Sabah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker