Hajiji tak kenang budi – Wan Fayhsal
Hajiji tak kenang budi – Wan Fayhsal
Pemuda Bersatu (Armada) menyifatkan bekas pemimpin Bersatu Sabah sebagai tidak mengenang budi serta perjuangan pucuk pimpinan parti itu yang berusaha keras untuk memenangkan mereka di Sabah.
Ketuanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, berkata tindakan wakil rakyat Bersatu keluar parti dengan diketuai Ketua Menteri Hajiji Noor hanya memikirkan untuk kekal kuasa di Sabah dengan mengenepikan prinsip perjuangan.
“Kekesalan dan kekecewaan Armada Bersatu ini lebih terasa apabila mengenangkan segala kudrat dan pengorbanan jentera-jentera Armada Bersatu dan Pemuda Perikatan Nasional (PN) yang telah bertungkus lumus memenangkan PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu.
“Tindakan Hajiji ini juga dilihat sebagai tidak mengenang segenap kesungguhan dan pengorbanan Muhyiddin Yassin sebagai presiden dan pengerusi PN dan juga Hamzah Zainudin sebagai setiausaha agung parti yang telah sedaya upaya membantu beliau untuk memenangi PRN Sabah dan seterusnya mengangkat beliau sebagai ketua menteri.
“Armada Bersatu juga ingin membidas kenyataan dangkal yang dibuat oleh Masidi Manjun, Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang cuba mengaitkan PN sebagai parti yang mempromosi politik ekstremis Islam semata-mata, Masidi sebagai seorang tokoh dan pemimpin yang beragama Islam adalah disarankan untuk merujuk semula kepada fasal 6 dalam perlembagaan parti Bersatu dan fasal 5 dalam perlembagaan parti PN,” katanya pada kenyataan hari ini.
Terdahulu, Malaysiakini melaporkan Bersatu Sabah hari ini runtuh selepas Ketuanya, Hajiji Noor mengumumkan mereka “sebulat suara” meninggalkan parti induk Bersatu.
Menurut Hajiji, ahli Bersatu Sabah kekal sebagai ahli GRS sementara parti baru ditubuhkan.
Hajiji yang juga pengerusi GRS berkata keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan keadaan landskap politik Malaysia ketika ini, terutama di Sabah.
“Kerajaan Negeri yang ditunjangi oleh GRS-BN juga telah mengambil kira nasihat Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa pertimbangan terbaik untuk pembentukan kerajaan perpaduan Persekutuan yang diterajui Anwar Ibrahim satu daripadanya adalah untuk kestabilan politik dan pemulihan ekonomi,” kata Hajiji.
Masidi pula dalam kenyataannya hari ini mempertahankan keputusan pemimpin Bersatu Sabah keluar dari Bersatu, berkata ia dibuat demi kebaikan Sabah dan yang terbaik untuk Malaysia.
Bekas timbalan ketua Bersatu Sabah itu berkata peningkatan retorik agama dan kaum oleh sebahagian parti dari Semenanjung ketika PRU15 tidak konsisten dengan nilai kepelbagaian kaum dan agama Sabah dan Sarawak.
“Ramai yang terlupa bahawa ramai rakyat Sabah dan Sarawak mempunyai ahli keluarga yang mempunyai kepercayaan agama yang berbeza,” kata Masidi.
Sementara itu, Wan Ahmad Fayhsal yakin keruntuhan Bersatu Sabah ketika ini akan dibina semula dan merakamkan penghargaan kepada mereka yang masih setia.
“Jelas sekali tujuan Bersatu dan PN ditubuhkan, sama sekali tidak akan bertindak untuk mencabul kehormatan hak orang bukan Islam untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing secara aman dan harmoni.
“Kami yakin masih ada sahabat-sahabat seperjuangan Armada di Sabah yang kekal setia bersama Bersatu, terima kasih diucapkan. Kita akan bina semula Bersatu di negeri Sabah,” katanya. Mk
Hajiji tak kenang budi – Wan Fayhsal
Baca Artikel Menarik:
- UMNO sahkan Annuar Musa, Fatimah dan Shamsiah dipecat
- SPRM siasat dana RM90 bilion, RM430 bilion bukan dari kerajaan
- Tak minat sertai PAS, PN, kami ‘intai’ parti PH lain, kata bekas ahli Amanah
- Muhyiddin enggan jadi Ketua Pembangkang, hanya mahu jawatan PM
- Api dalam sekam yang bakar rumah – Isham bidas Annuar
- Muhyiddin ‘penghalang’ kerjasama BN-PN
- Tidak pernah lebih daripada 5 orang
- Calon PRU15 kongsi video guna pistol tanpa lesen ditahan
- Hakim digantung tugas kongsi gambar tidak sopan
- Hantu rosakkan bulan madu wanita jadi ‘isterinya’
- Menang di Parlimen Padang Serai, PN tidak boleh ‘besar kepala’
- Reen Rahim dapat tajaan nikah RM15 juta
- Ramai masih berharap dapat keluarkan duit KWSP
- Piala Dunia Qatar: Pegawai skuad Brazil cengkam kucing dikecam [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)
Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?