Baru angkat sumpah jawatan, rakyat desak letak jawatan
Pemimpin baharu Peru, Dina Boluarte, hari ini melantik barisan Kabinet, ketika penunjuk perasaan menyekat lebuh raya dan membaling batu ke arah polis susulan penyingkiran Pedro Castillo sebagai Presiden.
Presiden wanita pertama Peru itu menyelia upacara mengangkat sumpah membabitkan 19 menteri dengan lapan daripadanya adalah wanita, di Istana Presiden, ketika tunjuk perasaan yang bermula sejak beliau mengangkat sumpah kini semakin tegang.
Boluarte dikatakan tergesa-gesa mengangkat sumpah Rabu lalu, beberapa jam selepas Castillo, yang berdepan siri siasatan rasuah dan gagal membubarkan Kongres, serta kini berada dalam tahanan.
Ketua kakitangan baharu Boluarte adalah bekas pendakwa raya yang pakar dalam kes rasuah, manakala Kabinet barunya terdiri daripada golongan teknokrat yang bebas daripada politik.
Boluarte yang juga Naib Presiden di bawah pimpinan kiri Castillo, dalam ucapan pertamanya berkata, pengukuhan demokrasi, kedaulatan undang-undang, keseimbangan kuasa, dan tadbir urus yang baik adalah teras penting pentadbirannya.
Peguam berusia 60 tahun itu juga memaklumkan akan menamatkan penggal Castillo yang dijadual berakhir Julai 2026, selain tidak menolak kemungkinan mengadakan undian awal Presiden, Jumaat lalu.
Protes bertukar ganas di bandar Andahuaylas di selatan Andes semalam, dengan polis menggunakan gas pemedih mata meleraikan tunjuk perasaan yang sebahagian daripadanya menggunakan lastik untuk menghalau polis.
Pejabat Ombudsman Hak Asasi Manusia Negara menerusi ciapannya berkata, seramai 20 orang termasuk empat polis cedera dalam pertempuran itu, selain dua pegawai polis yang menjadi tebusan penunjuk perasaan sudah dibebaskan.
Pelajar, pekerja dan parti politik berhaluan kiri mengadakan perhimpunan baharu di ibu negara Lima, mendesak pembubaran Kongres dan membantah penyingkiran Castillo, petang semalam.
Banyak jalan masih terhalang di selatan negara yang memberi sokongan meluas kepada Castillo itu, termasuk Lebuhraya Pan-American, menyebabkan puluhan bas dan trak kargo terkandas, berhampiran hab pertanian Ica dan Arequipa. – AFP
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- UMNO sahkan Annuar Musa, Fatimah dan Shamsiah dipecat
- SPRM siasat dana RM90 bilion, RM430 bilion bukan dari kerajaan
- Tak minat sertai PAS, PN, kami ‘intai’ parti PH lain, kata bekas ahli Amanah
- Muhyiddin enggan jadi Ketua Pembangkang, hanya mahu jawatan PM
- Api dalam sekam yang bakar rumah – Isham bidas Annuar
- Muhyiddin ‘penghalang’ kerjasama BN-PN
- Tidak pernah lebih daripada 5 orang
- Calon PRU15 kongsi video guna pistol tanpa lesen ditahan
- Hakim digantung tugas kongsi gambar tidak sopan
- Hantu rosakkan bulan madu wanita jadi ‘isterinya’
- Menang di Parlimen Padang Serai, PN tidak boleh ‘besar kepala’
- Reen Rahim dapat tajaan nikah RM15 juta
- Ramai masih berharap dapat keluarkan duit KWSP
- Piala Dunia Qatar: Pegawai skuad Brazil cengkam kucing dikecam [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)
Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?
You must be logged in to post a comment.