Tak dapat elak pemimpin tinggalkan Bersatu Sabah

Tak dapat elak pemimpin tinggalkan Bersatu Sabah

Seorang penganalisis politik berkata, pemimpin Bersatu Sabah akan meninggalkan parti itu akhirnya disebabkan sentimen kuat rakyat Sabah yang mahukan parti tempatan menerajui kerajaan negeri.

Terdahulu, Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Ketua Menteri, Hajiji Noor hari ini mengumumkan pemimpin Bersatu Sabah sebulat suara memutuskan untuk meninggalkan parti itu dan berhasrat menubuhkan parti baharu.



James Chin dari Institut Asia di Universiti Tasmania, berkata langkah itu sebahagian daripada wawasan lebih luas untuk semua parti di Sabah menjadi parti tempatan dan menubuhkan blok Borneo bersama Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Gambaran besar ialah semua parti (Sabah) mahu menubuhkan blok Borneo dan untuk berbuat demikian, mereka memerlukan parti berpangkalan di Sabah.

“Mereka tidak boleh berbuat demikian jika mereka sebahagian daripada parti nasional.”

Bersatu Sabah ialah sebahagian daripada Perikatan Nasional (PN), yang turut dianggotai PAS dan parti lain, termasuk Gerakan.



Walaupun GRS menyokong kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim di peringkat persekutuan, Bersatu merupakan pembangkang kerana menjadi sebahagian daripada PN.

Sehari selepas pilihan raya umum ke-15 pada bulan lalu, Hajiji dilaporkan berkata, beliau menerima panggilan daripada rakan sejawatan di Sarawak, Abang Johari Openg dan pemimpin lain bersetuju “membincangkan kerjasama lebih erat sebagai blok Borneo”.

Idea blok Borneo disuarakan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Jeffrey Kitingan pada 2018.

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) ketika itu, mendiang James Jemut Masing menyokong cadangan itu yang menganggap ia patut dipertimbangkan.



Seorang lagi penganalisis, Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah bersetuju langkah meninggalkan Bersatu Sabah tidak dapat dielakkan susulan keputusan GRS menyertai kerajaan perpaduan tidak akan diterima baik oleh Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin. FMT

Tak dapat elak pemimpin tinggalkan Bersatu Sabah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)

Tomok dakwa pekerjanya kena pukau



Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker