Peniaga pening ramai jual emas berbanding beli
KOTA BHARU – Peniaga sebuah kedai emas di Pasar Siti Khadijah di sini, terpaksa mengehadkan pembelian daripada pelanggan yang ingin menjual emas di premisnya sejak sebulan lalu.
Pemilik Mah Kampong Kito, Farisha Najwa Rosli, 27, berkata, dia terpaksa berbuat demikian kerana bilangan pelanggan di premisnya berkurangan meskipun harga emas ketika ini jatuh sehingga RM242 segram.
Menurut Farisha, apabila pelanggan berkurangan, aliran tunai sedikit terganggu menyebabkan dia tidak mempunyai pusingan modal mencukupi.
“Kebanyakan pelanggan yang jual semula emas perlu menunggu sehingga dua hingga tiga jam. Kita terpaksa membuat sistem giliran kerana perlu menunggu pelanggan membeli emas terlebih dahulu baru boleh membayar belian emas mereka.
“Harga semasa bagi jualan semula emas adalah RM224 segram. Ekoran kekurangan pelanggan, perniagaan sedikit terganggu.
“Kadangkala saya terpaksa menolak daripada membeli semula emas meskipun harga jatuh,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Farisha memberitahu, selain menjual semula emas, kebanyakan pelanggan datang ke premis adalah untuk menukar (trade-in) barangan aksesori mereka berbanding membeli aksesori baharu.
“Paling penting dalam perniagaan emas adalah aliran tunai. Apabila kurang aliran tunai, kita tidak boleh membeli emas dan ambil stok baharu.ay
“Sejujurnya, pelanggan memang kurang membeli emas meskipun harga jatuh. Jika lihat ramai pelanggan di Kota Bharu, mereka sebenarnya menjual semula, bukannya beli emas baharu,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- UMNO sahkan Annuar Musa, Fatimah dan Shamsiah dipecat
- SPRM siasat dana RM90 bilion, RM430 bilion bukan dari kerajaan
- Tak minat sertai PAS, PN, kami ‘intai’ parti PH lain, kata bekas ahli Amanah
- Muhyiddin enggan jadi Ketua Pembangkang, hanya mahu jawatan PM
- Api dalam sekam yang bakar rumah – Isham bidas Annuar
- Muhyiddin ‘penghalang’ kerjasama BN-PN
- Tidak pernah lebih daripada 5 orang
- Calon PRU15 kongsi video guna pistol tanpa lesen ditahan
- Hakim digantung tugas kongsi gambar tidak sopan
- Hantu rosakkan bulan madu wanita jadi ‘isterinya’
- Menang di Parlimen Padang Serai, PN tidak boleh ‘besar kepala’
- Reen Rahim dapat tajaan nikah RM15 juta
- Ramai masih berharap dapat keluarkan duit KWSP
- Piala Dunia Qatar: Pegawai skuad Brazil cengkam kucing dikecam [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)
Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?