Usul undi tidak percaya terhadap PM dihalang

 

Timbalan Speaker Dewan Negara pada Ahad tidak meluluskan usul undi tidak percaya terhadap kerajaan Perdana Menteri, Imran Khan dibahaskan dan menyifatkan ia konspirasi asing untuk menjatuhkan kerajaan.

Keputusan itu dibuat ketika ahli Parlimen bersidang untuk mengundi usul bagi menggulingkan kerajaan diterajui parti Tehreek-e-Insaf (PTI).

Ketika mempengerusikan sesi itu, Qasim Khan Suri menolak usul berkenaan sambil menyifatkan ia menyalahi undang-undang, bertentangan dengan Perkara Lima Perlembagaan yang mewajibkan setiap rakyat taat setia kepada negara.

Suri bersetuju dengan bantahan yang dikemukakan Menteri Penerangan, Fawad Chaudhry mengenai usul itu atas alasan ia merupakan pakatan asing bagi menjatuhkan Pakistan.

Fawad berkata, ia adalah “operasi untuk menukar rejim oleh kerajaan asing”.

Suri mempengerusikan sidang itu selepas pakatan pembangkang sebelum ini memfailkan usul undi tidak percaya terhadap Speaker, Asad Qaiser.

Pihak pembangkang memerlukan sekurang-kurangnya 172 undi daripada 342 anggota dewan untuk menjatuhkan Imran yang mula berkuasa pada 2018.

Imran sebelum ini berulang kali mendakwa pembangkang bertindak atas arahan pihak luar yang mahu menghalang Pakistan melaksanakan dasar luar yang bebas.

Dalam ucapan di televisyen selepas keputusan timbalan speaker itu, Imran berkata, beliau telah mengesyorkan kepada Presiden, Arif Alvi untuk membubarkan kabinet dan mengadakan pilihan raya baharu.

Fawad berkata, kabinet telah dibubarkan dan perdana menteri akan terus melaksanakan tugasnya di bawah Perkara 224 Perlembagaan.

Perkembangan terbaharu itu menandakan satu lagi pusingan konfrontasi antara Imran dan pembangkang yang berikrar mencabar keputusan timbalan speaker di Mahkamah Agung.

Pemimpin Parti Rakyat Pakistan (PPP), Bilawal Bhutto Zardari berkata, pembangkang tidak akan berganjak dari Dewan Parlimen. – Bernama

 

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/196170/GLOBAL/Usul-undi-tidak-percaya-terhadap-PM-Pakistan-dihalang
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker