Amirudin kekal MB Selangor jika PH-BN menang – Anwar

Amirudin kekal MB Selangor jika PH-BN menang – Anwar

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim mengumumkan Amirudin Shari kekal sebagai menteri besar Selangor jika gabungan itu dan Barisan Nasional (BN) menang PRN bulan depan.

Anwar berkata, ia berikutan prestasi baik naib presiden PKR itu sepanjang menerajui Selangor, dengan membawa banyak pelaburan masuk.

“Ini kali pertama saya umum (Amirudin kekal MB), dia pun terkejut,” kata Anwar ketika berucap pada majlis sentuhan agro Madani di Sekinchan.

Minggu lalu, dalam wawancara bersama Bernama, Amirudin yang memegang tampuk pentadbiran negeri pada 2018 membayangkan terus menerajui kepimpinan negeri.

Wakil rakyat tiga penggal di DUN Sungai Tua itu berkata, secara umumnya kepimpinan PH di peringkat negeri sepakat dan bersetuju beliau terus mentadbir Selangor sebagai menteri besar.

Amirudin mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang pada 19 Jun 2018 selepas Azmin Ali melepaskan jawatan itu berikutan pelantikannya sebagai menteri hal ehwal ekonomi. FMT

Amirudin kekal MB Selangor jika PH-BN menang – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen undi Bell Ngasri macam YB nak pilihan raya

Rozita miliki rumah 7 bilik di London

DJ Ismahalil menangis sujud syukur, bebas, lepas edar dadah

Pelanggan ‘melompat’ bayar nasi padang harga kayangan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker