Puad cadangkan logo BN sebagai ‘poster boy’ PRU15

Puad cadangkan logo BN sebagai ‘poster boy’ PRU15

Seorang pemimpin Umno berpandangan parti itu tidak lagi memerlukan “poster boy” untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi berkata, ini kerana “poster boy” tidak relevan lagi.



“Ia boleh jadi bola tanggung, ‘punching bag’ atau senjata makan tuan.

“Walaupun sudah ada keputusan, tetapi kalau sudah jadi liabiliti, elok batalkan sahaja ‘poster boy’. Manusia bernyawa mudah difitnah jika jadi ‘poster boy’,” katanya di Facebooknya.

Pada Perhimpunan Agung Umno Khas Mei lalu, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob yang juga naib presiden parti itu dipilih sebulat suara oleh perwakilan sebagai “poster boy” atau calon perdana menteri, jika Umno dan Barisan Nasional menang PRU15 nanti.

Dalam pada itu, Puad mencadangkan lebih baik logo BN dijadikan “poster boy” kerana ia tidak bernyawa dan sukar difitnah.



“Lagi pun logo BN telah sebati dengan rakyat.

“‘Poster boy’ tidak boleh mereka yang ‘over’ perasan dan lembik. Harapkan pagar, pagar makan padi,” katanya.

Timbul dakwaan pemimpin Umno cuba mendesak Ismail campur tangan dalam rayuan terakhir SRC International bekas perdana menteri, Najib Razak di Mahkamah Persekutuan, tetapi Ismail dan Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan menafikan khabar angin itu.

Najib dihantar ke Penjara Kajang semalam, selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dalam kes SRC International.



Bekas Ahli Parlimen Pekan itu disabitkan bersalah atas tujuh tuduhan penyalahgunaan kuasa, pengubahan wang dan pecah amanah membabitkan RM42 juta dana SRC International. FMT

Puad cadangkan logo BN sebagai ‘poster boy’ PRU15


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Suami Tengku Maimun buat hantaran negatif, bimbang pengaruhi keputusan pertuduhan – Najib

Amelia Henderson Terlalu Seksi, Peminat Doa Ada Lelaki Boleh Bimbingnya



Penyanyi Lelaki Selamba Cium BCL Atas Pentas Dikecam Netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker