GPS mungkin jadi sebahagian kerajaan perpaduan – ABdul Karim
GPS mungkin jadi sebahagian kerajaan perpaduan – ABdul Karim
Seorang pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyambut baik pelantikan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri Malaysia ke-10.
“Saya gembira, kebuntuan telah berakhir,” kata Abdul Karim Rahman Hamzah.
“Saya harap kerajaan baharu akan berlaku adil kepada semua, termasuk Sabah dan Sarawak. GPS akan memberikan kerjasama penuh kepada kerajaan baharu.”
Karim, seorang menteri negeri Sarawak, berkata GPS berkemungkinan akan menjadi sebahagian daripada kerajaan perpaduan, yang dianjurkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Sementara itu, Timbalan Presiden Warisan Darell Leiking turut mengucapkan tahniah kepada Anwar.
“Kami berharap beliau akan segera memastikan pelaksanaan semua tuntutan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963,” katanya.
Dalam turut mengucapkan tahniah kepada Anwar, Timbalan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Jeffrey Kitingan mengingatkan bahawa perdana menteri baharu akan berdepan banyak cabaran.
“Kami berharap aspirasi dan tuntutan Sabah dan Sarawak terhadap hak perlembagaan mereka akhirnya didengari,” katanya.
Terdahulu, Istana Negara mengesahkan Anwar akan dilantik sebagai perdana menteri ke-10 dan beliau dijadualkan mengangkat sumpah pada 5 petang hari ini. FMT
GPS mungkin jadi sebahagian kerajaan perpaduan – Abdul Karim
Baca Artikel Menarik:
- Ismail di St Regis, di mana pemimpin PN dijangka bertemu
- Merungkai Kemelut Politik: Majlis Raja-Raja Melayu putuskan bersidang esok
- MB Perak umum senarai portfolio Exco
- Mahathir harap Anwar dapat tubuh kerajaan
- Zahid dakwa Agong titahkan BN sertai kerajaan perpaduan
- Perbincangan penubuhan kerajaan PN-BN Pahang selesai – Tuan Ibrahim
- GPS dilapor kekal sokong Muhyiddin sebagai PM
- Mahathir sedih kalah teruk, tumpu tulis buku sejarah
- Janna Nick kena lagi
- Puad cabar Muhyiddin dedah senarai MP sokongnya
- Pahang perlu ikut Perak bentuk kerajaan BN-PH
- Polis nafi berlaku ‘rusuhan’ di pejabat Umno Lenggong
- Nad Zainal dirawat di ICU
- Lebih 23,000 tandatangani petisyen desak GPS tolak PN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Agama, bangsa tak patut jadi isu dalam penubuhan kerajaan – Johari
Agong cadang kerajaan perpaduan PH-PN, Anwar setuju Muhyiddin tolak
You must be logged in to post a comment.