Beri kepercayaan kepada Agong leraikan permasalahan
Beri kepercayaan kepada Agong leraikan permasalahan
Semua pihak perlu meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi meleraikan segala permasalahan yang dihadapi negara ketika ini.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata justeru, gabungan politik itu perlu kekal komited dengan keputusan menjadi pembangkang seperti yang diputuskan pucuk pimpinan.
“Kita komited dalam status pembangkang tetapi sekarang situasinya berbeza pula, kita jadi pembangkang pun kena bising, mahu pro sana pun kena bising, mahu pro sinun pun kena bising.
“Jadi saya berharap semua pihak bertenang dan untuk kita di BN ini, saya berpendapat percayalah kepada Presiden,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Beliau merujuk kepada kebuntuan berhubung pembentukan kerajaan dan pelantikan Perdana Menteri ke-10 yang berlarutan selepas PRU15 berakhir pada 19 November lalu apabila tiada parti atau gabungan politik mendapat majoriti mudah 112 kerusi Parlimen.
Keputusan PRU15 menyaksikan BN memperoleh 30 kerusi, Perikatan Nasional (73), Pakatan Harapan (82), Gabungan Parti Sarawak (23), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Warisan (tiga), Bebas (dua) serta Parti Bangsa Malaysia dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat masing-masing satu kerusi.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang juga Naib Presiden UMNO berkata Dewan Tertinggi BN memutuskan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan politik bagi membentuk kerajaan Persekutuan dan bersetuju menjadi pembangkang. BH
Beri kepercayaan kepada Agong leraikan permasalahan
Baca Artikel Menarik:
- Ismail di St Regis, di mana pemimpin PN dijangka bertemu
- Merungkai Kemelut Politik: Majlis Raja-Raja Melayu putuskan bersidang esok
- MB Perak umum senarai portfolio Exco
- Mahathir harap Anwar dapat tubuh kerajaan
- Zahid dakwa Agong titahkan BN sertai kerajaan perpaduan
- Perbincangan penubuhan kerajaan PN-BN Pahang selesai – Tuan Ibrahim
- GPS dilapor kekal sokong Muhyiddin sebagai PM
- Mahathir sedih kalah teruk, tumpu tulis buku sejarah
- Janna Nick kena lagi
- Puad cabar Muhyiddin dedah senarai MP sokongnya
- Pahang perlu ikut Perak bentuk kerajaan BN-PH
- Polis nafi berlaku ‘rusuhan’ di pejabat Umno Lenggong
- Nad Zainal dirawat di ICU
- Lebih 23,000 tandatangani petisyen desak GPS tolak PN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Agama, bangsa tak patut jadi isu dalam penubuhan kerajaan – Johari
Agong cadang kerajaan perpaduan PH-PN, Anwar setuju Muhyiddin tolak
You must be logged in to post a comment.