Bajet 2023 perlu diluluskan segera
Bajet 2023 perlu diluluskan segera
Bajet 2023 perlu diluluskan pada kadar segera demi kepentingan rakyat, kemakmuran, kelangsungan dalam proses pemulihan dan juga persediaan menghadapi cabaran ekonomi yang lebih mencabar pada tahun depan.
Pensyarah Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin berkata, pertimbangan sama ada Bajet 2023 yang akan diluluskan adalah belanjawan sedia ada yang dibentangkan bulan lalu atau belanjawan baharu adalah perkara kedua.
“Namun, apa yang merisaukan saya adalah jika proses untuk meluluskan Bajet 2023 ini sekali lagi dijadikan pentas untuk berpolitik dan menyebabkan kesukaran untuk belanjawan ini diluluskan.
“Bagaimanapun, saya mengharapkan adanya kerajaan baharu dibentuk berasaskan kepada mandat yang diberikan oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) supaya kelangsungan perancangan dan pengurusan ekonomi dapat diteruskan atau diubah suai supaya keadaan serta prospek ekonomi negara menjadi lebih baik menuju ke hadapan.
“Tanpa kelulusan Bajet 2023, perkara ini sukar untuk dilakukan,” katanya.
PRU-15 yang baru berakhir menyaksikan tiada parti politik atau gabungan bertanding berjaya meraih majoriti 112 kerusi menyebabkan Parlimen tergantung.
Keputusan di 220 kerusi Parlimen menunjukkan Pakatan Harapan memenangi 82 kerusi diikuti Perikatan Nasional (PN) (73 kerusi), BN (30 kerusi) manakala Gabungan Parti Sarawak (GPS) 23 kerusi, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) enam kerusi, Parti Warisan tiga kerusi, calon Bebas dua kerusi serta Parti Kesejahteraan Demoratik Malaysia (KDM) dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) masing-masing satu kerusi.
Sementara itu, Penganalisis Ekonomi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, dilihat dari kedua-dua gabungan dengan majoriti yang tipis, pelabur juga masih kurang yakin kerana masih belum ada kestabilan termasuk kemungkinan pertukaran kerajaan sebanyak tiga kali selepas PRU-14 berulang.
Katanya, mana-mana kerajaan yang memerintah haruslah memberi keyakinan kepada perniagaan, pelabur dan masyarakat dunia bahawa kerajaan yang dilantik rakyat adalah ‘bersifat mengawal’.
“Sekiranya berpanjangan juga (ketidakstabilan politik), ia akan menjejaskan agenda pembangunan negara melalui Bajet 2023 dan persediaan negara untuk menghadapi kemelesetan ekonomi global tahun depan,” katanya.
Beliau berkata, momentum pemulihan ekonomi negara tahun ini berdasarkan prestasi perkembangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dari suku pertama, suku kedua dan suku ketiga yang mencecah 14.2 peratus adalah sesuatu yang mengujakan serta meletakkan Malaysia sebagai negara yang mempunyai KDNK tertinggi di Asia Tenggara untuk suku ketiga 2022.
“Justeru pemulihan ekonomi negara tahun ini dan cabaran ekonomi pada 2023 usah direncatkan dengan krisis politik yang berpanjangan,” katanya. HM
Bajet 2023 perlu diluluskan segera
Baca Artikel Menarik:
- Ismail di St Regis, di mana pemimpin PN dijangka bertemu
- Merungkai Kemelut Politik: Majlis Raja-Raja Melayu putuskan bersidang esok
- MB Perak umum senarai portfolio Exco
- Mahathir harap Anwar dapat tubuh kerajaan
- Zahid dakwa Agong titahkan BN sertai kerajaan perpaduan
- Perbincangan penubuhan kerajaan PN-BN Pahang selesai – Tuan Ibrahim
- GPS dilapor kekal sokong Muhyiddin sebagai PM
- Mahathir sedih kalah teruk, tumpu tulis buku sejarah
- Janna Nick kena lagi
- Puad cabar Muhyiddin dedah senarai MP sokongnya
- Pahang perlu ikut Perak bentuk kerajaan BN-PH
- Polis nafi berlaku ‘rusuhan’ di pejabat Umno Lenggong
- Nad Zainal dirawat di ICU
- Lebih 23,000 tandatangani petisyen desak GPS tolak PN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Agama, bangsa tak patut jadi isu dalam penubuhan kerajaan – Johari
Agong cadang kerajaan perpaduan PH-PN, Anwar setuju Muhyiddin tolak