Surat MP BN sokong Anwar palsu – Zahid

Surat MP BN sokong Anwar palsu – Zahid

Unit komunikasi BN menafikan kesahihan surat yang dikatakan dihantar ke Yang di-Pertuan Agong, menyatakan kesemua 30 ahli parlimen gabungan itu menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Dalam satu hantaran di Facebook, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi pula berkata surat tersebut adalah palsu dan “rekaan manusia yang tidak bertanggungjawab”.

“Mohon jangan dikeruhkan lagi keadaan. Mohon doakan yang tebaik untuk dalam keadaan sekarang ini,” katanya.

Terdahulu, Annuar Musa mengongsikan surat tersebut di Facebook, mendakwa Zahid berbohong kepada Agong berkenaan surat itu.

Annuar juga menggesa laporan polis dibuat berkenaan surat itu.

Surat tersebut, yang memaparkan tandatangan Zahid, mendakwa mesyuarat BN yang dibuat semalam memutuskan untuk menyokong Anwar sebagai perdana menteri yang baru.

Namun, BN setakat ini berkata mereka kekal dengan keputusan untuk tidak menyokong Anwar mahupun Pengerusi PN Muhyiddin Yassin. Mk

Surat MP BN sokong Anwar palsu – Zahid


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Agama, bangsa tak patut jadi isu dalam penubuhan kerajaan – Johari

Agong cadang kerajaan perpaduan PH-PN, Anwar setuju Muhyiddin tolak

Bakal pengantin ‘dirasuk’ roh, menari tarian Jawa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker