Superman Hew ditahan atas ucapan dalam ceramah PH

Superman Hew ditahan atas ucapan dalam ceramah PH

Bekas orang kuat DAP, Hew Kuan Yau ditahan polis susulan video tular ucapannya dalam sebuah ceramah Pakatan Harapan (PH) di Raub, Pahang Khamis lalu bahawa masyarakat Cina perlu mengambil kesempatan daripada perpecahan orang Melayu.

Selepas video minggu lalu itu tular, Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook dilaporkan berkata, kenyataan Hew itu bukan pendirian PH.

Ketua Polis Pahang, Ramli Mohamed Yoosuf mengesahkan Hew, yang lebih dikenali sebagai “Superman Hew” ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang yang dibantu JSJ Bukit Aman di Puchong Jaya, Selangor hari ini.



Beliau berkata, Hew, 52, didapati memberi ucapan dalam bahasa Kantonis yang mempunyai unsur boleh menggugat ketenteraman awam.

Katanya, Hew disiasat di bawah Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, iaitu mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan mendatangkan khianat awam.

“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian telekomunikasi,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, Hew turut disiasat di bawah seksyen sama atas ucapannya dalam sebuah ceramah di Taman Pandan Mawar, Melaka pada Jumaat lalu.



Hew meninggalkan DAP pada 2016 susulan kritikan terhadap kenyataannya berhubung tuntutan Laut China Selatan.

Buku komik “Belt and Road Initiative for Win-Winism” yang dihasilkannya, diharamkan pihak berkuasa kerana didakwa mempromosikan propaganda komunis.

Pada 2017, beliau ditahan atas catatan Facebook yang didakwa mengandungi kenyataan tidak sensitif terhadap Perdana Menteri ketika itu, Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor. FMT

Superman Hew ditahan atas ucapan dalam ceramah PH




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Agama, bangsa tak patut jadi isu dalam penubuhan kerajaan – Johari

Agong cadang kerajaan perpaduan PH-PN, Anwar setuju Muhyiddin tolak

Bakal pengantin ‘dirasuk’ roh, menari tarian Jawa

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker