6 saintis UniMAP antara terbaik dunia

6 saintis UniMAP antara terbaik dunia

KANGAR: Enam pensyarah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) disenaraikan antara 2% saintis terbaik dunia oleh Universiti Stanford di Amerika Syarikat.

Canselor UniMAP yang juga Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pensyarah itu ialah Prof Subash Chandra Bose Gopinath, Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah, Uda Hashim, Azwan Iskandar Azmi, Liew Yun Ming dan Voon Chun Hong.



“World’s Top 2% Scientists merupakan pengiktirafan kepada mereka yang berjaya menghasilkan banyak sitasi dalam pelbagai disiplin, selain pengiktirafan di bawah senarai Career-long & Single Year Citation Impact,” titah baginda dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan titah perutusan Raja Muda Perlis itu dipaparkan pada skrin gergasi sempena sidang keenam Istiadat Konvokesyen ke-18 UniMAP di Dewan Ilmu UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra di Arau, semalam.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, pengiktirafan itu membuktikan kecemerlangan UniMAP dalam penyelidikan saintifik yang bukan saja mengharumkan nama universiti, tetapi juga negara.

“Pencapaian pensyarah ini menandakan tenaga pengajar dan taraf akademik UniMAP pada tahap tertinggi setanding universiti terbaik di dunia.” FMT



6 saintis UniMAP antara terbaik dunia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

FD3: ‘Wahab’ jadi usikan Mas Idayu



GV10: Liza Hanim dapat ‘5M’ daripada Hetty Koes Endang

FD3: Syarif dan Syaiful juara minggu ke enam



GV10: Noryn Aziz tersingkir



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker