Zahid mohon lanjutkan tempoh, BN akan buat keputusan dalam masa terdekat

Zahid mohon lanjutkan tempoh, BN akan buat keputusan dalam masa terdekat

Perlumbaan menawan Putrajaya, semakin rancak dengan kedua-dua Pengerusi Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim dan Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin masing-masing mendakwa mereka mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan.

Yang di-Pertuan Agong telah memberikan mereka tempoh sehingga jam 2 petang ini untuk membuktikan dakwaan mereka.

Malaysiakini membawa kepada anda berita-berita terkini, tepat mengenai apa yang berlaku.

11.30am: Ahli-ahli parlimen BN berharap Istana Negara akan melanjutkan tempoh untuk mereka memutuskan siapa yang akan menjadi PM seterusnya.

Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berkata peraturan parti itu menetapkan bahawa hanya majlis tertinggi BN boleh membuat keputusan untuk ahli Parlimen.

Bagaimanapun sebelum majlis tertinggi boleh membuat keputusan, sebuah jawatankuasa, yang mungkin melibatkan Pakatan Harapan, untuk membincangkan pembentukan kerajaan baru perlu membincangkan syarat-syarat terlebih dahulu, katanya.

Ini merupakan keputusan 27 ahli parlimen BN selepas mengadakan pertemuan di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.

Hanya 27 daripada 30 ahli parlimen BN berada di sini. Menurut Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, dua orang sakit – Jalaluddin Alias ​​(Jelubu) dan Adnan Abu Hassan (Kuala Pilah).

Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein, antara yang tidak hadir dalam pertemuan itu.

Hishammuddin dalam hantaran di Facebook berkata dia tegas menolak kerjasama dengan PH.

“Seperti saya tegaskan kelmarin dan sebelum ini lagi – tetap menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan.

“Saya rela dipecat oleh parti namun tidak akan sesekali mengubah pendirian teguh ini.

“No Anwar, No DAP – pihak yang merasakan boleh mengambil tindakan memecat saya kerana berpegang kepada pendirian ini, silakan,” katanya.

Zahid mohon lanjutkan tempoh, BN akan buat keputusan dalam masa terdekat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker