Isu kalimah ALLAH, Pas, Perkasa, NGO berhimpun di Masjid Shah Alam

SHAH ALAM – Pas bersama Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mengadakan himpunan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini bagi membantah tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik rayuan kes Kalimah ALLAH di Mahkamah Tinggi.

Perhimpunan yang berlangsung pada selepas solat Jumaat itu turut disertai beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Gerakan Pembela Ummah (Ummah) dan Gabungan Mahasiswa se-Islam Malaysia (Gamis) serta Majlis Perundingan Melayu (MPM).

Ketua Penerangan Pemuda Pas, Nadzir Helmi ketika memberi ucapan menggesa supaya kerajaan menerusi KDN menarik balik rayuan tersebut mengenai isu kalimah tersebut dan dibicarakan kembali di mahkamah mengikut prosedur sedia ada.



Nadzir berucap pada himpunan bagi menggesa kerajaan menerusi KDN menarik balik rayuan kes Kalimah ALLAH di Mahkamah Tinggi.

 

“Kita sepatutnya kena uruskan kes ini sehingga ia selesai di Mahkamah Persekutuan. Tapi, kenapa tiba- tiba ia ditarik tanpa sebarang hebahan sedangkan ia memberi impak kepada pandangan awam terutama umat Islam?

“Kita juga minta untuk perkara ini dibahaskan di Parlimen dan daripada itu kita akan lihat mana satu Ahli Parlimen yang akan menyokong atau tidak,” katanya.

Beliau juga menggesa supaya isu ini diperhalusi kembali oleh Majlis Raja-Raja Melayu bagi sebarang keputusan.



Kerajaan Malaysia dan KDN baru-baru ini menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ALLAH, Baitullah, Kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama Kristian bagi tujuan pembelajaran.

Notis pemberhentian rayuan semakan kehakiman berkenaan difailkan Pejabat Peguam Negara pada 18 April lalu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Amalina Akhirnya Dedah Wajah Anak



‘Ex Founder’ Dedah Taktik Kotor ‘Geng Founder Pantai Timur’

Diva AA Berang Ada Individu Tiru Gaya Percakapannya?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker