GPS terbuka kepada pelbagai kemungkinan, sokongan kepada PN belum muktamad
GPS Sarawak – yang telah mengisytiharkan sokongan untuk membentuk kerajaan bersama PN dan BN semalam – membuka pilihan terhadap kemungkinan.
Presiden Parti Progresif Demokratik (PDP) Tiong King Sing dipetik The Star berkata GPS – yang mempunyai 22 kerusi – akan menunggu penjajaran politik PN diselesaikan sebelum gabungan itu membuat keputusan.
“Mereka perlu mencari jalan sendiri untuk menyelesaikannya, kenapa kita mahu terlibat?
“Sudah tentu untuk GPS kita akan berbincang sesama sendiri dan premier Sarawak (Abang Johari Openg) akan membuat keputusan muktamad,” katanya.
Tiong juga berkata masih tidak jelas siapa yang mempunyai bilangan sokongan ahli parlimen mencukupi untuk menjadi perdana menteri atau membentuk kerajaan seterusnya.
“Katakanlah Barisan Nasional tidak bekerjasama dengan Perikatan Nasional, Perikatan tidak akan dapat membentuk kerajaan walaupun dengan sokongan GPS.
“Mereka ada masalah, kita biarkan mereka selesaikan dulu sesama sendiri,” jelasnya lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, China Press melaporkan bahawa Abang Johari enggan mengulas keadaan politik semasa apabila meninggalkan Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini.
GPS terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Sarawak United People’s Party (SUPP) dan PDP.
Gabungan Sarawak menang 22 kerusi pada PRU15, dengan PBB menang 14, PRS (5), SUPP (2) dan PDP (1).
Sementara itu, Timbalan Presiden Warisan Darell Leiking yang tewas di Penampang pada Sabtu, enggan mendedahkan gabungan mana yang akan disokong parti itu atau jika ada gabungan menghubungi Warisan.
Bagaimanapun, dia berulang kali menegaskan bahawa selain memastikan hak Malaysia Timur ditegakkan, Warisan mahukan sebuah negara yang “bersatu”.
“Negara dikongsi oleh semua orang, bukan hanya satu kaum atau agama…
“Menyembuhkan negara adalah penting,” katanya kepada Malaysiakini melalui telefon.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga
- Lelaki didakwa 16 pertuduhan rogol tiga anak tiri
- MYAirline dapat lesen mulakan khidmat penerbangan
- Bukan semua profesor sokong Anwar – Ismail
- Dakwaan sabotaj Tok Mat – Khairy akan buat laporan polis, SKMM
- Penuntut IPT dicekup berkhalwat, alasan buat assignment
- Firma Fitch Solutions ramal BN menang PRU15 kerana ini…
- Tanpa IC boleh mengundi, ini 5 dokumen lain boleh digunakan
- Jangan beli kereta, TV tahun hadapan – Jeff Bezos
- Ada asas siasat perbelanjaan RM500 bilion PN
- Anwar gelar Razman bodoh
- 17 tahun sangka anak mati, rupanya dibawa lari oleh saudara sendiri/a>
- Khalid ibarat ‘najis’ di Titiwangsa
- Anwar bengang Muhyiddin sikit-sikit nak bersumpah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga
Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit
You must be logged in to post a comment.