Bukan hanya Zahid, tapi semua pemimpin Umno patut di salahkan – Bung
Bukan hanya Zahid, tapi semua pemimpin Umno patut di salahkan – Bung
Ketua Umno Sabah, Bung Moktar Radin mempertahankan Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi daripada gesaan berundur susulan kekalahan Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Katanya, tidak wajar menyalahkan Zahid saja, sebaliknya semua pemimpin Umno perlu bertanggungjawab atas kekalahan itu.
“Tidak sampai ke tahap itu (Zahid letak jawatan), kita kena bincang dengan semua, pemimpin Umno kena bertanggungjawab. Kalau nak letak jawatan, semua kena letak jawatanlah,” katanya selepas menghadiri mesyuarat Biro Politik Umno di ibu pejabat parti itu.
BN hanya memenangi 30 kerusi Parlimen pada PRU15, manakala Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional menguasai 82 serta 73 kerusi.
Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi menjadi pemimpin pertama yang menggesa Zahid meletak jawatan.
Katanya, orang Melayu menolak Umno dan BN yang hanya menang sembilan kerusi Parlimen di Johor dan langsung tiada kerusi dimenangi di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Kelantan serta Terengganu.
Ketua Pemuda Umno Kota Raja, Sheikh Weshal Sheikh Ahmad turut menggesa Zahid berundur dan Timbalannya, Mohamad Hasan juga perlu berbuat demikian seperti yang dijanjikannya jika BN kalah pada PRU15.
Bung menyifatkan kekalahan pada PRU15 paling teruk dalam sejarah BN dan mereka perlu menerima hakikat rakyat menolak gabungan itu.
Katanya, Umno perlu mencari penyelesaian tuntas untuk kekal relevan.
“Setiap parti perlu transform parti mereka, senario kali ini berbeza dengan yang lain, kita kena pragmatik dalam menentukan masa depan negara. Kita kena pastikan Umno diberi nafas baharu untuk ‘survive’.” FMT
Bukan hanya Zahid, tapi semua pemimpin Umno patut di salahkan – Bung
Baca Artikel Menarik:
- SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga
- Lelaki didakwa 16 pertuduhan rogol tiga anak tiri
- MYAirline dapat lesen mulakan khidmat penerbangan
- Bukan semua profesor sokong Anwar – Ismail
- Dakwaan sabotaj Tok Mat – Khairy akan buat laporan polis, SKMM
- Penuntut IPT dicekup berkhalwat, alasan buat assignment
- Firma Fitch Solutions ramal BN menang PRU15 kerana ini…
- Tanpa IC boleh mengundi, ini 5 dokumen lain boleh digunakan
- Jangan beli kereta, TV tahun hadapan – Jeff Bezos
- Ada asas siasat perbelanjaan RM500 bilion PN
- Anwar gelar Razman bodoh
- 17 tahun sangka anak mati, rupanya dibawa lari oleh saudara sendiri/a>
- Khalid ibarat ‘najis’ di Titiwangsa
- Anwar bengang Muhyiddin sikit-sikit nak bersumpah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga
Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit