Ramai nak tempah baju digayakan Fikry Ibrahim waktu undi
#PRU15
Ramai nak tempah baju digayakan Fikry Ibrahim waktu undi
“Haram syurga untuk pemimpin yang mati dalam keadaan menipu rakyatnya.”
Itu tulisan yang tertera pada baju dipakai pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim atau nama sebenarnya, Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 28, ketika membuang undi Pilihanraya Umum Ke -15 (PRU15) kali ini.
Baju yang digayakannya meraih perhatian ramai netizen sehingga ada dalam kalangan mereka berminat melakukan tempahan secara pukal.
“Ramai betui minat baju tu. Saya custom (patenkan) baju tu, ada yang berminat nak order (buat tempahan) ke?,” ciap anak seni kelahiran Jitra, Kedah itu menerusi Twitter.
Ramai rakyat dalam platform media sosial berminat untuk mendapatkan tempahan baju tersebut.
“Beli mana baju YB JPEG PDF AI. Err, that t-shirt allowed, uh? (Baju seperti itu dibenarkan ke pakai waktu mengundi?).
“Tak mewakili mana-mana parti tak jadi masalah,” demikian antara ciapan dikongsi netizen menerusi Twitter.
Fikry mengundi di P006, Parlimen Kubang Pasu yang menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan Hasmuni yang mewakili BN, penyandang Parlimen, Amiruddin (Pejuang), Exco Kerajaan Negeri Kedah, Ku Rahman Ku Ismail (Perikatan Nasional) dan calon Pakatan Harapan, Aizuddin Ariffin.
Pada PRU14, Amiruddin yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang kerusi berkenaan dengan majoriti 13,009 undi menewaskan dua calon lain masing-masing dari BN dan PAS. K Online
Ramai nak tempah baju digayakan Fikry Ibrahim waktu undi
Baca Artikel Menarik:
- SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga
- Lelaki didakwa 16 pertuduhan rogol tiga anak tiri
- MYAirline dapat lesen mulakan khidmat penerbangan
- Bukan semua profesor sokong Anwar – Ismail
- Dakwaan sabotaj Tok Mat – Khairy akan buat laporan polis, SKMM
- Penuntut IPT dicekup berkhalwat, alasan buat assignment
- Firma Fitch Solutions ramal BN menang PRU15 kerana ini…
- Tanpa IC boleh mengundi, ini 5 dokumen lain boleh digunakan
- Jangan beli kereta, TV tahun hadapan – Jeff Bezos
- Ada asas siasat perbelanjaan RM500 bilion PN
- Anwar gelar Razman bodoh
- 17 tahun sangka anak mati, rupanya dibawa lari oleh saudara sendiri/a>
- Khalid ibarat ‘najis’ di Titiwangsa
- Anwar bengang Muhyiddin sikit-sikit nak bersumpah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga
Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit
You must be logged in to post a comment.