Hadi tayang logo parti ketika mengundi

#PRU15

Hadi tayang logo parti ketika mengundi

Badan pemantau pilihan raya Bersih menggesa pihak berkuasa menyiasat Presiden PAS Abdul Hadi Awang kerana memakai “vest” yang memaparkan logo parti semasa membuang undi hari ini.

Ini susulan seorang pengguna Twitter memuat naik gambar Hadi membuang undi di sebuah pusat mengundi dengan memakai pakaian yang memaparkan logo PAS.

“Ini jelas satu kesalahan pilihan raya, memakai apa-apa pakaian dengan simbol atau logo parti di dalam pusat mengundi,” kata Pengerusi Bersih Thomas Fann kepada FMT.

Beliau berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis harus menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan.

Fann berkata, mengikut Seksyen 26(1)(g) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, pengundi tidak dibenarkan memakai, memegang atau membawa sebarang bentuk pakaian atau barangan yang memaparkan nama calon, lambang atau simbol mana-mana parti politik semasa mengundi atau dalam lingkungan 50m dari pusat mengundi.

Sesiapa yang melanggar peraturan itu boleh dihukum penjara sehingga satu tahun, denda tidak lebih RM5,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. FMT

Hadi tayang logo parti ketika mengundi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker