Cinta penggali kubur pada negara

#PRU15

Cinta penggali kubur pada negara

Tiada apa yang mahu dipamerkan penggali kubur, Md Khalid Omar, 70, ketika menunggang motosikal dihiasi puluhan Jalur Gemilang selain semangat cintakan negara.

Setiap kali menunggang motosikal Honda Wave 110cc di sekitar pekan Lubok Cina dan kampung di sini, gelagatnya menarik perhatian orang ramai.

“Saya bersemangat untuk mengajak orang ramai supaya cintakan kedamaian dan keharmonian terhasil daripada kemakmuran negara.

“Apa gunanya kita bergaduh sesama kita semata-mata kerana perbezaan pegangan politik. Lebih baik kita hidup secara harmoni antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Lubok Cina di sini, tadi.

Dia berkata, Jalur Gemilang dan bendera Barisan Nasional (BN) itu disumbangkan orang ramai yang memahami minatnya mempamerkan lambang negara itu pada motosikal.

Katanya, ketika menyambut ulang tahun kemerdekaan negara setiap 31 Ogos, dia tidak pernah melepaskan peluang untuk menghiaskan motosikalnya dengan Jalur Gemilang.

“Sekarang musim Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Saya fikir tidak salah untuk mempamerkan bendera kebangsaan dan parti yang membawa kemakmuran kepada negara kita.

“Saya tidak kisah kalau ada orang mengata yang bukan-bukan mengenai saya. Apa yang utama adalah rasa sayang saya terhadap tanah air,” katanya.

Sehubungan itu, dia berjanji untuk tidak alpa tanggungjawab sebagai pengundi esok dan mengajak anggota masyarakat supaya bersama-samanya menunaikan tanggungjawab memilih kerajaan. HM

Cinta penggali kubur pada negara


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker