BN dijangka menang PRU15, Ismail jadi PM lagi

#PRU15

BN dijangka menang PRU15, Ismail jadi PM lagi

Bahagian penyelidikan dan analisis Economist Group di UK meramalkan Barisan Nasional (BN) akan menang pada pilihan raya umum kali ini (PRU15), tetapi masih belum dapat dilihat sama ada Ismail Sabri Yaakob akan berkhidmat sepenggal penuh sebagai perdana menteri.

Menurut Unit Perisikan Ekonomi (EIU), walaupun BN akan membentuk kerajaan, ia tidak akan memenangi cukup kerusi untuk majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.



“EIU menjangkakan Ismail akan dilantik semula sebagai perdana menteri,” kata pakar ekonomi utama EIU, Fung Siu dalam kenyataan.

Fung juga berkata, penurunan umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun menerusi inisiatif Undi18 mungkin tidak mengubah corak pengundian meluas.

Pengundi akan kembali kepada keutamaan berasaskan kaum, tambahnya.

“Ini berkemungkinan akan mendorong pembentukan kerajaan campuran lain yang terdiri daripada BN dan parti-parti kecil yang majmuk,” katanya.



Inisiatif Undi18, bersama pendaftaran pengundi secara automatik, dianggarkan menambah 6.23 juta pengundi baharu untuk PRU15. FMT

BN dijangka menang PRU15, Ismail jadi PM lagi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Sebak bersendirian di pelamin

SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga



Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker