PAS masih lalang seperti dulu

Oleh Azrin Muhammad

SETIAUSAHA Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan sudah menunjukkan perangai ‘lalang’ kerana dipercayai hilang keyakinan terhadap Perikatan Nasional (PN).

SHAH ALAM – Hasrat PAS menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai pilihan utama untuk bergabung sudah boleh dijangka kerana BN satu-satunya parti yang paling stabil untuk mentadbir kerajaan berbanding parti-parti lain.

Tidak dapat dipastikan sama ada berlaku pergolakan dalam Perikatan Nasional (PN) atau tidak, PAS dilihat bersiap siaga menyediakan jalan keluar sekiranya tidak mempunyai kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan.

Namun, pendedahan yang dibuat Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan itu mula dimanipulasi seolah-olah masyarakat umum tidak memahami maksud sebenar yang mahu disampaikannya.

Takiyuddin menegaskan kenyataan itu dibuat untuk menggambarkan tiada parti lain yang boleh memberi manfaat selain BN dan tidak sekali-kali akan bergabung dengan Pakatan Harapan (PH).

Walau bagaimanapun, pengundi sudah tersentak dengan kenyataan Takiyuddin dan mula sangsi dengan pendirian PAS yang sebelum ini memang gemar untuk bertukar arah jika kemahuan mereka tidak dipenuhi.

Dalam masa sama, tindakan calon Perikatan Nasional (PN) Kota Bharu itu menonjolkan pendirian yang bertentangan dengan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi berpandangan lebih rela menjadi pembangkang daripada bergabung dengan BN dengan dakwaan kedua-dua parti masih mempunyai hubungan yang masih keruh.

Setakat ini, kedua-dua individu penting dalam PAS itu dilihat tidak sebulu dan akan mengundang perpecahan, apatah lagi sekiranya berjaya memenangi pilihan raya kali ini.

Belum pun menerima mandat, PAS sudah mula goyah termasuk tekanan yang diterima daripada PN yang semakin ketinggalan sepanjang kempen di kebanyakan kawasan.

Pengundi dinasihatkan usah mengambil risiko memilih calon seperti mereka kerana dikhuatiri menjadi batu penghalang dalam pembentukan kerajaan. Pilihan yang ada cuma satu iaitu memilih calon BN dalam PRU15.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker