PH bukan macam Pas main banyak kolam -Anwar

#PRU15

PH bukan macam Pas main banyak kolam -Anwar

Pakatan Harapan (PH) menafikan wujud kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini seperti mana yang didakwa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, malam tadi.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, prinsip dan dasar PH adalah tegas untuk memimpin dan memerintah dan bukannya seperti Pas yang sanggup bermain banyak ‘kolam’ atau rundingan dengan mana-mana parti.

Sehubungan itu, katanya sebarang gerakan yang dikaitkan dengan mana-mana gabungan selepas pilihan raya disifatkan sebagai satu hujah yang tidak berasas kerana PH masuk pilihan raya umum kali ini adalah untuk menang.

“Kita umumkan secara jelas Pakatan Harapan menawarkan dalam manifesto dan saya jelaskan dalam (buku) Madani apa yang kita jadikan wawasan dan hala tuju negara ini, kemudian kita berhasrat untuk menang serta semalam kita sebut sekurang-kurangnya majoriti mudah, maknanya supaya dapat memerintah.

“Jadi sebab apa kita mahu kaitkan dengan UMNO, Pas atau mana-mana parti lain. Kita masuk pilihan raya untuk menang, kita merayu kepada rakyat untuk memberi laluan supaya apa yang disebut itu tidak berlaku.

“Saya bukan macam Ustaz (Abdul) Hadi, dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad runding nak pakat, dengan Datuk Seri Najib Tun Razak runding nak pakat kemudian dengan Ismail Sabri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pun runding nak pakat dan sekarang dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dia (Abdul Hadi) boleh berlegar di banyak kolam, saya dasar kita PH adalah untuk memimpin dan memerintah,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku tulisannya yang bertajuk ‘Membangun Negara Madani’ di sebuah hotel di sini.

Malam tadi, media melaporkan, Abdul Hadi dalam satu sidang media di Kedah dilapor mendedahkan, wujud satu muslihat antara UMNO serta BN dan PH dalam menghadapi PRU15 dengan memastikan BN menang kurang kerusi untuk memberi laluan kemenangan besar kepada PH.

Beliau berkata, strategi berkenaan bertujuan memudahkan proses penggabungan antara BN dan PH untuk membentuk Kerajaan Persekutuan selepas PRU15 ini, selain mendakwa objektif akhir adalah menyelamatkan pemimpin BN yang menghadapi pendakwaan di mahkamah.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau mengharapkan Abdul Hadi dapat memberikan sebarang pandangan dan kenyataan berdasarkan hujah dan fakta selepas ini.

Katanya, ini kerana sebarang kecaman melulu tidak boleh diterima kerana ia disifatkan tidak mempunyai asas sama sekali.

“Ustaz (Abdul) Hadi ini pandangan dia, (bagi) saya tidak mewakili sosok yang sepatutnya ada. Seorang alim sepatutnya beri pandangan berdasarkan hujah dan fakta, bukan kecaman melulu.

“Kita dalam politik ini hujah, bagi saya kita tegur Pas dengan hujah yang betul, judi bagaimana, (Rang Undang-Undang) 355 di mana, (jadi) tak payah singgung dari segi yang dibuat andaian begitu rupa dan andaian itu tak ada asas begitu sekali,” jelasnya. Utusan

PH bukan macam Pas main banyak kolam -Anwar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional

Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker