Pencemaran udara, keadaan di ibu negara semakin buruk

Tahap pencemaran udara di kawasan ibu kota India, Delhi pada Khamis semakin teruk, kata para pegawai.

Menurut Lembaga Kawalan Pencemaran Pusat (CPCB), indeks kualiti udara (AQI) keseluruhan kekal dalam kategori teruk pada 442, lapor Xinhua.

Kualiti udara teruk dengan bahan pencemar yang ketara adalah jirim zarahan dengan saiz (PM) 2.5 dan PM 10, kata CPCB.



Maklumat itu diterima dari stesen pemantauan yang dibuka di seluruh Delhi.

Pakar mengatakan PM 2.5 adalah zarah halus berdiameter 2.5 mikron atau kurang dan boleh memasuki saluran pernafasan sehingga ke paru-paru dan aliran darah.

Pegawai kesihatan telah menasihatkan orang ramai, terutama mereka yang menghidap penyakit pernafasan di Delhi untuk meminimumkan pendedahan di luar sehingga kualiti udara bertambah baik.

Doktor berkata, kualiti udara yang teruk turut memberi kesan kepada orang sihat dan impak yang lebih serius kepada mereka yang menghidap sakit paru-paru.



Menurut CPCB, bacaan AQI antara 0-50 dianggap ‘baik’, antara 51-100 ‘memuaskan’, antara 101-200 ‘sederhana’, antara 201-300 ‘rendah’, antara 301-400 ‘sangat rendah’, dan antara 401- 500 ‘teruk’ dan melebihi 500 sangat teruk dan cemas.

Pencemaran udara semakin buruk di Delhi terutama semasa musim sejuk. Kemerosotan kualiti udara berpunca daripada kelajuan angin yang perlahan dan pembakaran tangkai tanaman di ladang-ladang negeri jiran.

Ibu kota India, Delhi adalah antara bandar paling tercemar di dunia berikutan aktiviti perindustrian, lalu-lintas kenderaan selain pembinaan yang berleluasa.

Laporan menyebut beberapa penduduk melaporkan kesukaran bernafas, dengan warga tua dan pelajar sekolah paling teruk terjejas.



Sebuah sekolah swasta terkemuka menggantung kelas secara fizikal untuk pelajar di cawangannya di Delhi dan Haryana memandangkan kualiti udara yang semakin merosot dan akan mengadakan kelas dalam talian mulai Jumaat, kata saluran berita televisyen tempatan NDTV/

“Ini berlaku sehari selepas Suruhanjaya Kebangsaan bagi Perlindungan Hak Kanak-kanak menggesa Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal supaya menutup sekolah sehingga kualiti udara bertambah baik,” kata NDTV

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional



Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker