Mengundi haram, PU Syed jawab Suhaimi Saad

Mengundi haram, PU Syed jawab Suhaimi Saad

Ustaz Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau PU Syed ialah seorang pendakwah di Malaysia yang telah memenangi dan dinobatkan sebagai juara rancangan realiti Islamik terbitan Astro Oasis, Pencetus Ummah musim ke 3 pada 2015.

Beliau telah memberi respon mengenai mengundi yang dikatakan satu perjudian oleh salah seorang bekas penyanyi nasyid terkenal.

“Pemerintah Sebagai Pengawalnya”

Menerusi laman instagramnya, dia telah kongsikan satu hadis dimana hadis itu mengatakan Agama itu satu asas manakala pemerintah itu adalah pemimpin. Sekiranya asas tiada, ianya akan mengundang kepada keruntuhan dan kemusnahan.

Imam al-Ghazali Rahimahullah berkata:
الدين أس والسلطان حارس وما أس له فمهدوم وما لا حارس له فضائع

“Agama itu adalah asasnya sedangkan pemerintah sebagai pengawalnya. Apa yang tidak ada asasnya, nescaya boleh membawa keruntuhan dan apa yang tidak ada pengawalnya akan menjadi hilang”

Rujuk al-Iqtisad fi al-I’tiqad (hlm. 128)

Jelasnya lagi, hukum hakam dalam bidang ini sangat fleksible dan bidang ini juga diserahkan kepada pendapat dan ijtihad pemerintah berdasarkan kepentingan dan maslahat Agama dan masyrakat.

Hukum-hakam dalam kategori ini bersifat fleksibel dan syara’ tidak memutuskannya secara terperinci. Sebaliknya hukum hakam dalam kategori ini diserahkan kepada pendapat dan ijtihad pemerintah berdasarkan kepentingan dan maslahat Agama dan rakyat jelata.

“Haram Hukumnya Untuk Tidak Mengundi”

PU Syed menjelaskan bahawa hukum bagi orang yang tidak mengundi ini ialah haram. Menurutnya, adalah satu tanggungjawab dan amanah dengan mengundi calon-calon yang diyakini menjaga Dharuriyyat al-Khams yang lima itu iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

Haram hukumnya daripada sudut syarak untuk tidak mengundi kerana ianya adalah tanggungjawab dan amanah dengan mengundi calon-calon yang diyakini menjaga Dharuriyyat al-Khams yang lima itu iaitu agama, nyawa, aqal, keturunan dan harta.

Pu Syed menyimpulkan pernyataan yang mengatakan mengundi adalah satu perjudian itu adalah salah.

Jika dikatakan Mengundi itu berjudi, ianya adalah suatu yang salah dari seseorang yg bukan ahlinya bahkan sudah terkenal sebelum² ini dengan memberi pandangan yang “pelik” dan menyesatkan masyarakat.

Sekadar info, Syed Mohd Bakri memulakan pengajian di Sekolah Kebangsaan Balok (1989 – 1994), Maahad Tarbiah Darul Hijrah Al-Islamiah, Maran (selama 1 bulan) dan Maahad Darul Anuar, Pulau Melaka, Kelantan (1995-2000). Di peringkat pengajian tinggi, beliau memperoleh Diploma Pengajian Islam (Syariah Islamiah) dari Kolej UNITI Port Dickson (2001-2003), kemudian beliau menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar, Tanta, Mesir dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah (2003-2005). Mr

Mengundi haram, PU Syed jawab Suhaimi Saad


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional

Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker