Ibu tunggal kena ‘kencing’ dengan tukang tilik nasib sebanyak RM66,000

 

SYDNEY – Seorang ibu tunggal di Sydney, Australia kerugian lebih £12,200 (RM65,783) selepas ditipu seorang penilik nasib yang mendakwa bahawa dirinya disumpah selain nyawa anak-anaknya berada dalam bahaya, lapor laman berita LadBible semalam.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Poonam itu berkata, disebabkan berasa bimbang dengan amaran tersebut, dia sanggup berhabis duit demi keselamatan anak-anaknya.



Poonam berkata, dia didekati oleh rakan kepada lelaki yang mendakwa dirinya seorang ahli psikik, Valmiki Krishna

“Mereka berkata bahawa terdapat roh jahat mendampingi anak-anak saya jadi mereka mahu  membuang roh tersebut,” kata Poonam dalam satu program televisyen di Australia, A Current Affair.

Tambah Poonam, dia baru-baru ini terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Jadi, apabila Valmiki memberitahu bahawa dia akan mengalami kemalangan sekali lagi, wanita itu menjadi bimbang.

“Saya hanya duduk di situ dan menangis. Dia (Valmiki) kemudian berkata bahawa dia ingin melakukan upacara untuk membuang nasib malang itu,” ujarnya.



Selepas menyerahkan sebahagian wang miliknya, Valmiki menjelaskan bahawa dia akan melawat rumah Poonam untuk membuang sihir.

Poonam berkata, sejurus tiba, mereka melakukan satu ‘upacara’ dengan menggunakan buah lemon, darah palsu dan membuang beberapa patung yang didakwa dirasuki roh jahat.

“Bagi upacara itu, mereka meminta wang sebanyak £11,720 (RM63,193). Apabila saya memberitahu sudah tidak mempunyai wang, mereka menyuruh saya menjual kereta, barang kemas dan harta benda yang lain,” katanya.

Poonam selain itu turut jatuh sakit selepas meminum air yang diberi kepadanya. Ketika itu, dia diminta memindahkan semua wang miliknya kepada Valmiki.



Namun, selepas mengugut untuk melaporkan hal itu kepada polis, Valmiki bertindak memulangkan sebahagian daripada wang milik Poonam. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional

Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)



Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker