Uncle Kentang umum tanding di Puchong
#PRU15
Uncle Kentang umum tanding di Puchong
PUCHONG: Aktivis Masyarakat, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali dengan Uncle Kentang mengumumkan akan bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Puchong pada PRU15.
Beliau sebelum ini pernah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, namun kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) tiga tahun lalu.
Menurut Uncle Kentang, pengundi di kawasan itu harus mempunyai seorang wakil rakyat yang sentiasa turun padang dan mendengar masalah rakyat.
“Yang ada undi di tangan anda di P103. Setelah sahabat-sahabat kita ditinggalkan, kita bangkit semula.
Kita muram, kita merajuk, kita mengalah kerana bukan sahabat kita jadi calon. Bukan orang tempatan jadi calon. Bukan mereka yang telah berkhidmat jadi calon,” katanya menerusi Facebook.
Beliau berjanji akan berada di mana-mana sahaja, asalkan masalah rakyat dapat diselesaikan.
“Jangan resah dan gusar. Kita masih ada seorang apek Cina yang boleh dipangkah. Seorang yang kamu boleh jumpa setiap hari di kedai mamak, di pejabat, di rumah, di pasar malam, pasar pagi, di hospital, di tepi jalan ketika anak kita terbaring berlumuran darah semasa kemalangan jalan raya, ketika kau susah dan tiada duit untuk beli makan,” katanya.
“Saya bukan orang elit, saya orang biasa, mudah dijumpa, bukan lima tahun sekali baru muncul, mudah dijumpa di mana-mana untuk mendengar masalah kamu,” katanya.
Kerusi Puchong disandang oleh Gobind Singh Deo (DAP) selama tiga penggal selepas menang pada 2008, 2013 dan 2018.
Pada 2018, Gobind memperoleh majoriti 47,635 undi menewaskan Ang Chin Tat (Gerakan) dan Mohamad Rosharizan Mohd Rozlan (PAS).
DAP bagaimanapun mengumumkan Gobind sebagai calon Parlimen Damansara mewakili Pakatan Harapan (PH) menggantikan penyandang, Tony Pua yang tidak bertanding pada PRU15.
Parti itu meletakkan bekas Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar ketika pentadbiran PH, Yeo Bee Yin di kerusi Puchong. BH
Uncle Kentang umum tanding di Puchong
Baca Artikel Menarik:
- Takkan sudah jadi pemimpin berpuluh-puluh tahun tak cukup lagi- Ramlah Adam
- PKR takut dengan Khairy sampai nak tukar calon
- ‘Ribut sementara’, Umno Perlis yakin akar umbi setia pada parti
- A Aida ambil keputusan mengalah
- Pemimpin otai perlu undur, beri laluan muka baharu
- Ustaz Kazim doa cercaan orang ramai diganti pahala
- PN akan calonkan Shahidan di Arau
- Ustaz Kazim tarik diri saat akhir, kekal jadi pendakwah bebas mesra BN
- Mereka digugurkan tak selari dengan akar umbi UMNO – Penganalisis
- 4 pemimpin Friends Of BN diumum sebagai calon
- Saya tak akan beri laluan kepada Annuar – Khlir
- Buang mentaliti warlord, beri peluang muka baharu bertanding
- MIC putuskan tetap bertanding PRU15
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)
Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin
You must be logged in to post a comment.