Shahidan wakili PN di Arau

Shahidan wakili PN di Arau

Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan beliau akan terus mempertahankan kerusi Parlimen Arau dengan bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua UMNO Bahagian Arau yang digugurkan daripada senarai calon BN pada PRU-15 berkata keputusan itu dibuat kerana melihat PN boleh menjadi platform yang mampu menyatukan UMNO, PAS dan BERSATU.

“Saya akan bertanding atas satu parti yang berasaskan UMNO, PAS dan BERSATU yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara walaupun UMNO pun memperjuangkan agama, bangsa dan negara namun ia kini dipimpin oleh seorang yang mengkhianati keputusan bahagian terutama di Arau.

“Jadi kalau perkiraan ini diambil untuk menjadi pemimpin, saya kira tak layaklah kerana saya sudah menjadi pengarah pilihan raya sebanyak lima kali dan kami tidak pernah ganggu bahagian masing-masing.

“Tetapi calon (UMNO/BN) yang bertanding kali ini sangat menyedihkan apabila tiada satu senarai calon yang dikemukakan oleh bahagian dipilih,” katanya.

Menteri Wilayah Persekutuan berkata demikian kepada pemberita di Pusat Khidmat Datuk Seri Shahidan Kassim di Kubang Gajah, di sini hari ini.

Pengumuman rasmi calon PN yang akan bertanding di Parlimen Arau akan dilakukan di Kompleks PAS Perlis, Kangar malam ini. BH

Shahidan wakili PN di Arau


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional

Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker