Satu rumah setiap keluarga jika BN jadi kerajaan selepas PRU15
#PRU15
Satu rumah setiap keluarga jika BN jadi kerajaan selepas PRU15
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan setiap keluarga di seluruh negara dapat memiliki rumah sendiri selaras dengan aspirasi ‘Satu Keluarga Satu Rumah’ sekiranya Kerajaan Pusat di bawah kepimpinan beliau kekal selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Menurut Perdana Menteri, perkara itu selaras dengan peruntukan sebanyak RM372.3 bilion termasuk Skim Perumahan seperti yang dibentangkan menerusi Bajet 2023 pada 7 Oktober lalu.
Jelas beliau, skim perumahan itu memberi tumpuan kepada kesejahteraan Keluarga Malaysia dengan penyediaan kediaman mencukupi, berkualiti dan mampu dimiliki bagi memenuhi keperluan penduduk yang semakin bertambah.
Antara yang diberi tumpuan menerusi Skim Perumahan itu kata beliau, adalah Program Perumahan Rakyat (PPR) untuk manfaat 12,400 penghuni baharu dengan peruntukan sebanyak RM367 juta.
Selain itu, katanya, turut disediakan adalah Program Rumah Mesra Rakyat melibatkan pembinaan 4,250 unit rumah dengan peruntukan sebanyak RM358 juta.
Inisiatif lain, ujarnya, Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) yang mana kerajaan menyediakan jaminan sehingga RM3 bilion kepada bank bagi memberi akses pembiayaan kepada golongan tiada pendapatan tetap seperti pekerja e-hailing untuk memiliki rumah.
“Saya beri jaminan semua skim perumahan ini akan dilaksanakan jika Kerajaan Pusat yang saya terajui dipilih semula pada PRU-15, 19 November ini agar seluruh Keluarga Malaysia dapat memiliki rumah sendiri selaras dengan aspirasi ‘Satu Keluarga Satu Rumah’,” katanya.
Beliau berucap pada majlis perasmian pecah tanah Projek Program Perumahan Rakyat (PPR) Kepala Batas, Kepala Batas Youth Centre (KBYC) dan Masjid Bandar Putra Bertam di sini hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga penyandang kerusi Parlimen Kepala Batas.
Projek PPR Kepala Batas bernilai RM170 juta melibatkan pembinaan sebanyak 700 unit rumah pangsa empat tingkat beserta kemudahan asas itu akan dilaksanakan di atas tanah seluas lapan hektar milik Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) di Pongsu Seribu dekat sini.
Kos pembinaan seunit rumah PRR itu adalah RM161,000 tetapi akan dijual pada harga RM45,000 seunit dengan subsidi seunit rumah adalah RM116,000 menjadikan jumlah keseluruhan subsidi yang ditanggung Kerajaan Pusat sebanyak RM81.2 juta.
Dalam pada itu Ismail Sabri berkata, Kerajaan Pusat sentiasa komited melaksanakan program pembangunan untuk Keluarga Malaysia berlandaskan prinsip Maqasid Syariah, iaitu satu konsep yang telah dilaksanakan sejak zaman Nabi Muhammad SAW dan para sahabat Baginda
Dalam konteks di Malaysia ujar beliau, Kerajaan Pusat bertanggungjawab memelihara dan menyuburkan pengembangan syiar Islam dalam kalangan Keluarga Malaysia terutamanya yang beragama Islam sekali gus bertepatan dengan pelancaran majlis pecah tanah bagi pembinaan Masjid Bandar Putra Bertam hari ini.
Berhubung pengumuman pembinaan Kepala Batas Youth Centre (KBYC) bernilai RM45 juta pula, beliau berharap pembangunan itu dapat memberi nafas dan semangat baharu kepada golongan belia yang aktif bersukan dan mampu menjadi pemangkin kecemerlangan sukan di wilayah utara Semenanjung.
Sementara itu, Ismail Sabri menegaskan, meskipun Pulau Pinang adalah negeri yang diterajui pembangkang, namun, Kerajaan Pusat mengetepikan perkara itu atas dasar keutamaan terhadap pembangunan Keluarga Malaysia.
“Justeru, saya ingin menyeru seluruh Keluarga Malaysia Pulau Pinang, terutamanya di Kepala Batas ini untuk memilih Kerajaan Persekutuan yang ada dan sentiasa konsisten dalam menunaikan janjinya terhadap setiap lapisan masyarakat,” katanya. Utusan
Satu rumah setiap keluarga jika BN jadi kerajaan selepas PRU15
Baca Artikel Menarik:
- Takkan sudah jadi pemimpin berpuluh-puluh tahun tak cukup lagi- Ramlah Adam
- PKR takut dengan Khairy sampai nak tukar calon
- ‘Ribut sementara’, Umno Perlis yakin akar umbi setia pada parti
- A Aida ambil keputusan mengalah
- Pemimpin otai perlu undur, beri laluan muka baharu
- Ustaz Kazim doa cercaan orang ramai diganti pahala
- PN akan calonkan Shahidan di Arau
- Ustaz Kazim tarik diri saat akhir, kekal jadi pendakwah bebas mesra BN
- Mereka digugurkan tak selari dengan akar umbi UMNO – Penganalisis
- 4 pemimpin Friends Of BN diumum sebagai calon
- Saya tak akan beri laluan kepada Annuar – Khlir
- Buang mentaliti warlord, beri peluang muka baharu bertanding
- MIC putuskan tetap bertanding PRU15
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)
Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin