GPS isytihar gempur PN di Sarawak

#PRU15

GPS isytihar gempur PN di Sarawak

Seorang pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengisytiharkan gabungan itu sedia bertempur dengan Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), 19 Nov ini.

“Kami akan biar pengundi putuskan, sama ada mereka mahu GPS atau parti Malaya (Semenanjung),” kata Abdul Karim Rahman Hamzah kepada FMT ketika diminta mengulas mengenai keputusan PN meletakkan calon untuk empat daripada 31 kerusi di Sarawak.



“Kami sudah katakan sebelum ini, biar parti Sarawak jaga Sarawak.”

Karim ialah naib presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti tonggak GPS.

Pada Selasa, Pengerusi PN Muhyiddin Yassin mengumumkan gabungan itu akan bertanding di Batang Lupar, Lubok Antu, Saratok dan Bintulu.

Bulan lalu, Karim menggesa PN mengelak daripada bertanding di Sarawak kerana ia boleh menjejaskan kerjasama antara kedua-dua gabungan itu.



GPS juga akan berdepan Pakatan Harapan (PH), manakala Barisan Nasional (BN) tidak bertanding di Sarawak.

Penyandang kerusi Parlimen Santubong Wan Junaidi Tuanku Jaafar, juga daripada PBB, berkata tidak ada persetujuan dibuat bahawa PN tidak akan meletakkan calon di Sarawak.

Beliau berkata, GPS akan bersaing dalam mana-mana pertandingan dengan PN. Ini bukan soal persahabatan atau permusuhan, katanya, tetapi mengenai kemenangan.

“Kami akan lawan sesiapa sahaja yang perlu,” katanya. FMT



GPS isytihar gempur PN di Sarawak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional



Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker