Campur tangan urusan mahkamah kerosakan terbesar oleh PH – Hadi
Campur tangan urusan mahkamah kerosakan terbesar oleh PH – Hadi
Pas menyifatkan tindakan campur tangan dalam urusan mahkamah sebagai antara kerosakan terbesar yang dilakukan Pakatan Harapan (PH) semasa memerintah negara selama 22 bulan.
Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Peguam Negara yang dilantik dalam kalangan pro-PH telah menggugurkan kes-kes mahkamah yang melibatkan pemimpin PH sepanjang 2018 sehingga awal 2020.
Sebaliknya, menurut beliau, hanya pemimpin UMNO sahaja yang diteruskan perbicaraan di mahkamah.
“Adapun orang-orang PH yang mempunyai kes salah laku, rasuah dan lain-lain dihentikan perbicaraan mereka.
“Tindakan sebegini adalah salah sama sekali dari sudut etika dan sifat integriti,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, malam ini.
Sebanyak 15 kes mahkamah digugurkan semasa zaman PH yang antaranya melibatkan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.
Abdul Hadi menambah, Pas menentang habis-habisan amalan rasuah, namun tidak bersetuju jika hanya pemimpin UMNO sahaja yang dibicarakan.
“Sedangkan orang-orang PH dihentikan perbicaraan mereka tanpa bersikap adil kepada semua pihak yang telah menghadapi pelbagai pertuduhan di mahkamah.
“Jika PH benar-benar bermaruah dan menghormati Perlembagaan Persekutuan, kenapa mereka campur tangan dalam urusan mahkamah?” soalnya. MG
Campur tangan urusan mahkamah kerosakan terbesar oleh PH – Hadi
Baca Artikel Menarik:
- Takkan sudah jadi pemimpin berpuluh-puluh tahun tak cukup lagi- Ramlah Adam
- PKR takut dengan Khairy sampai nak tukar calon
- ‘Ribut sementara’, Umno Perlis yakin akar umbi setia pada parti
- A Aida ambil keputusan mengalah
- Pemimpin otai perlu undur, beri laluan muka baharu
- Ustaz Kazim doa cercaan orang ramai diganti pahala
- PN akan calonkan Shahidan di Arau
- Ustaz Kazim tarik diri saat akhir, kekal jadi pendakwah bebas mesra BN
- Mereka digugurkan tak selari dengan akar umbi UMNO – Penganalisis
- 4 pemimpin Friends Of BN diumum sebagai calon
- Saya tak akan beri laluan kepada Annuar – Khlir
- Buang mentaliti warlord, beri peluang muka baharu bertanding
- MIC putuskan tetap bertanding PRU15
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)
Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin