Shahidan layak, tapi masanya dah berlalu

#PRU15

Shahidan layak, tapi masanya dah berlalu

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengakui Shahidan Kassim lebih layak bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), tetapi menegaskan masa bagi penyandang Parlimen Arau itu sudah berlalu.

“Kita memutuskan untuk menggantikannya dengan calon lain selepas mengambil kira keperluan pengundi dan Perlis,” katanya kepada wartawan di kompleks mahkamah di sini, hari ini.

Bekas menteri Wilayah Persekutuan itu digugurkan daripada senarai calon BN pada PRU15 dalam pengumuman malam tadi.

Shahidan digantikan oleh Rozabil Abdul Rahman, ketua Pemuda Umno Bahagian Arau dan bekas presiden Persatuan Bola Sepak Perlis.

Walaupun digugurkan, Shahidan berkata beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Arau, dengan berkata akan memilih parti yang menyokong Muafakat Nasional, pakatan kerjasama antara PAS dan Umno.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis, Shukri Ramli, berkata perbincangan sedang dilakukan untuk meletakkan Shahidan sebagai calon PN.

Terdahulu, Zahid memberi amaran agar mereka yang digugukan daripada senarai calon BN tidak mengkhianati atau memfitnah gabungan itu kerana telah diberi banyak peluang kepimpinan sebelum ini. FMT

Shahidan layak, tapi masanya dah berlalu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional

Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker