PRU-15: Otai negeri diangkat ke Persekutuan

SHAH ALAM – Mantan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan mantan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, adalah antara ‘muka lama’ Barisan Nasional (BN) di peringkat negeri yang kini diangkat parti itu menjadi calon kerusi Parlimen, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU).

Mohamad atau Tok Mat yang juga Timbalan Presiden UMNO diumumkan menjadi calon BN di Parlimen Rembau, menggantikan penyandangnya merangkap Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang dipindahkan ke kerusi Parlimen Sungai Buloh.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada malam Selasa.

Tok Mat sebelum ini menjadi lebih popular dalam kalangan rakyat Negeri Sembilan apabila bertanding di DUN Rantau sejak tahun 2004 dan menjadi Menteri Besar sejak itu.

Dalam pada itu, Ahmad Said pula yang memang terkenal dalam kalangan pengundi Terengganu terutamanya di DUN Kijal akan bertanding buat pertama kali di Parlimen Kemaman.

Beliau sebelum ini menjadi ADUN Kijal sejak tahun 1990, tetapi pernah tewas pada tahun 1999. Selepas kembali merampas Kijal pada 2004, dia terus dan masih mempertahan kerusi peringkat negeri itu sehingga kini.

MOHAMAD
MOHAMAD

 

Dalam pada itu, bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohamad turut kembali diangkat ke Parlimen selepas lebih fokus di negeri sebelum ini.

Hasni bagaimanapun pernah menjadi ahli Parlimen Pontian pada tahun 2004.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, pula diletakkan sebagai calon BN di kerusi Kuala Selangor yang kini disandang oleh bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dari Parti Amanah Negara (Amanah).

BN juga mencipta kejutan apabila menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya, Datuk Seri Sheikh Mohamad Puzi Sheikh Ali, sebagai calon BN di Parlimen Pekan bagi menggantikan Datuk Seri Najib Razak yang kini menjalani hukuman penjara selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan, baru-baru ini.

CALON MUDA BN

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenggara, Manndzri Nasib, pula dinamakan sebagai calon BN di Parlimen Tenggara menggantikan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Adham Baba yang digugurkan.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan, pula diumumkan sebagai calon BN di kerusi Padang Besar bagi menggantikan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Nama Ketua Puteri Bahagian, Marzuani Ardila Ariffin pula tetap disenaraikan sebagai calon BN di Parlimen Ketereh bagi menggantikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Seri Annuar Musa.

Tokoh korporat dan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian, Datuk Rozabil Abdul Rahman, pula dinamakan sebagai calon BN bagi Parlimen Arau menggantikan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim, yang digugurkan.

Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada tiga Menteri Besar Kedah, Datuk Armishah Siraj, pula dinamakan sebagai calon BN di Langkawi yang kini disandang oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

HASNI
HASNI

 

Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda UMNO Dungun, Nurhisham Johari dan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Marang, Jasmira Othman antara muka baru ditampilkan BN di Parlimen Dungun dan Marang yang kini disandang Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

ADUN Hulu Besut, Datuk Nawi Mohamad pula dipilih sebagai calon BN di Parlimen Besut bagi menggantikan Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Tan Sri Idris Jusoh yang mengundur diri daripada arena politik.

Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Hasmuni Hassan, pula diletakkan sebagai calon BN di Parlimen Kubang Pasu yang kini disandang oleh Datuk Amiruddin Hamzah dari Gerakan Tanah Air (GT).

Naib Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena, Noran Zamini Jamaluddin, dipilih menjadi calon BN di Parlimen Pokok Sena; Exco Kedah Datuk Suraya Yaacob, diberikan penghormatan untuk bertanding di Pendang, manakala Penyelaras Parlimen MCA Alor Setar, Tan Chee Hiong di Parlimen Alor Setar.

BN juga memberi peluang kepada empat wakil Parti Friends Of BN untuk bertanding di pada PRU15 kali ini termasuklah Presiden Makkal Sakti, R S Thanenthiran di Parlimen Nibong Tebal di Pulau Pinang; T Loganathan dari Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia di Parlimen Jelutong.

RAKAN BN

Razalif Mohamad Zain dari Parti Cinta Malaysia (PCM) pula akan bertanding di kerusi Bukit Bendera, manakala Presiden Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA), Syed Ibrahim Kader di Puchong.

BN juga menamakan Zul Helmi Ghazali sebagai calonnya di Bagan Serai bagi menggantikan bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali yang melompat parti menyertai Bersatu.

Bekas Ahli Dewan Negara, Khairul Azwan Harun atau Azwan Bro pula dinamakan sebagai calon BN di Parlimen Pasir Salak bagi menggantikan bekas Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

AHMAD SAID
AHMAD SAID

 

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos Zareef, pula menepati ramalan apabila dinamakan sebagai calon BN di Parlimen Sungai Besar, pada PRU15, manakala Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah dicalonkan di Parlimen Wangsa Maju.

Mohd Zurkami Abu Bakar pula diletakkan sebagai calon BN di Parlimen Jerantut bagi menggantikan Datuk Ahmad Nazlan Idris yang mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi berkenaan, pada PRU15 ini.

Terdahulu, Zahid berkata, BN bakal menampilkan calon lebih segar, gandingan muka baharu dan berpengalaman, dengan 85 peratus miliki kelayakan akademik peringkat pengajian tinggi.

“Gandingan muka baharu dan berpengalaman, rekod berbakti kepada rakyat serta mempunyai sudut pandangan yang bugar adalah selari dengan demografi 51.4 peratus daripada 21 juta pengundi adalah golongan muda 18 hingga 40 tahun,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional

Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker