Pemimpin otai perlu undur, beri laluan muka baharu

#PRU15

Pemimpin otai perlu undur, beri laluan muka baharu

Beberapa ahli politik senior Barisan Nasional (BN) mengambil sikap tidak mempertahankan kawasan Parlimen masing-masing pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi memberi laluan kepada muka baharu.

Di Besut, Terengganu, pe­nyandang kerusi Parlimen Besut, Tan Sri Idris Jusoh memutuskan untuk tidak mempertahankan kerusi tersebut sebagai tanda berundur sepenuhnya daripada politik.



Katanya, beliau sudah ber­puas hati dengan perkhidmatannya kepada masyarakat terutama di daerah itu sepanjang 27 tahun terlibat dalam politik.

“Persediaan untuk tidak dicalonkan dalam PRU telah dilakukan sejak 2013. Saya menyokong penuh calon baharu yang akan ditampilkan BN untuk PRU15.

“Saya akan turun padang berkempen untuk memastikan calon baharu terbabit terus mempertahankan Parlimen Besut yang merupakan kubu kuat BN,” katanya.

Sementara itu, di Jerantut, Pahang, penyandang kerusi Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris yang disebut-sebut sebagai calon boleh menang membuat keputusan tidak bertanding dalam PRU15 bagi memberi peluang kepada muka baharu.



Beliau yang telah dua penggal menjadi Ahli Parlimen telah berjumpa dengan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bagi menyatakan hasrat itu.

“Sudah sampai masanya saya berundur dan inilah masa yang tepat bagi memberi peluang kepada pemimpin pelapis,” kata­nya.

Di Sarawak, penyandang kerusi Parlimen Santubong, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjelaskan, belum ada keputusan muktamad berhubung pencalonan pada PRU15.

Beliau bagaimanapun me­ngakui telah menyatakan hasrat tidak bertanding kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebelum ini.



“Saya akan bertemu sekali lagi dengan Abang Johari di Sarawak.

“Saya bukan jenis gila jadi calon. Saya lihat macam di Semenanjung, ada yang gila nak jadi calon. Kadangkala tak berkesan, tak pandai nak jadi calon pula,” katanya.

Dalam pada itu, di Melaka, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, pemimpin UMNO diingatkan untuk tidak merajuk atau menentang sekiranya nama mereka tidak diumumkan sebagai calon dalam PRU15.

“Bagi yang terpilih kita minta kerja bersungguh-sungguh dan yang tidak terpilih, kita minta untuk terus menyokong calon yang diketengahkan parti,” katanya. K Online



Pemimpin otai perlu undur, beri laluan muka baharu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Takiyuddin bengang Khairuddin buka ‘rahsia’ PAS



Muhyiddin belum bertaubat, masih angkuh hanya mahu jadi PM – Mahathir

Kazar ‘Back-Up’ Anak, Puteri Sarah Minta Netizen ‘Bincangkan’



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker