Lebih Baik Gugurkan Pemimpin Keras Kepala Yang jadi senjata PH PN Hina & Sakitkan Hati Ahli UMNO

Oleh Nurul Aisyah

BUKAN mudah mengemudi sebuah parti terbesar di negara kita. Banyak orang banyak ragamnya. Tambahan pula sesiapa sahaja yang menjadi Presiden UMNO akan menjadi sasaran serangan dari Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dam Gerakan Tanahair (GTA).

Episod pengumuman calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) semalan sudah tentu mengundang reaksi bercampur baur dari ramai pihak.

Bagi Mykmu, kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Puad Zarkashi sangat tepat dan kena pada tempatnya. Menurut Puad Zarkashi, keputusan parti menggugurkan beberapa nama pemimpin “heavyweight” adalah tepat berbanding mengekalkan mereka yang kebanyakannya dianggap “keras kepala”.

Pengguguran nama pemimpin terbabit daripada bertanding pada PRU15 bukan ancaman atau mengundang malapetaka besar kepada parti. Akar umbi Umno diyakini akan setia kepada keputusan parti.

Jika Umno masih mengekalkan pemimpin yang “keras kepala”, ia sebenarnya membawa malapetaka kepada parti. Mereka tidak patuh pada keputusan parti. Oleh itu, mereka akan menjadi bebanan yang mengucar-ngacirkan parti.

Tindakan mengugurkan calon “heavyweight” tersebut sangat tepat. Sikap mereka jadi senjata kepada pihak lawan menghina parti dan ia menyakitkan hati ahli Umno. Biar mereka direhatkan dahulu. Moga ini akan menjadi titik istiqamah buat mereka.

Antara nama digugurkan adalah:-
1. Shahidan Kassim (Arau)
2. Annuar Musa (Ketereh)
3. Halimah Mohamed Sadique (Kota Tinggi)
4. Dr Adham Baba (Tenggara)
5. Ismail Abdul Mutalib (Maran)
6. Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar).
7. Ahmad Hamzah (Jasin)
8. Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar)
9. Halimah Mohamed Sadique (Kota Tinggi)

   

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker