4 kerusi parlimen? Itulah nilai PAS Johor di mata Muhyiddin
4 kerusi parlimen? Itulah nilai PAS Johor di mata Muhyiddin malah PAS Johor terpaksa menerima keputusan Perikatan Nasional (PN) untuk parti walaupun terdapat 26 kerusi Parlimen di negeri itu.
Ia berbanding 20 kerusi yang ditandingi PAS ketika bergerak solo pada PRU 2018.
Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Hussin berkata pengurangan kerusi itu adalah hasil daripada “tolak ansur” dalam kalangan parti komponen dan perkara biasa apabila menganggotai gabungan.
“Bila kita bergabung, umumnya ada ‘give and take’. Maka ada yang kita minta tak dapat, tapi dapat yang lain,” katanya yang juga timbalan pengerusi PN Johor ketika sidang media di ibu pejabat PAS negeri di Johor Bahru hari ini.
Bersatu pula akan bertanding di 20 kerusi Parlimen di Johor, manakala Gerakan di dua kerusi.
Ditanya sama ada PAS Johor berpuas hati dengan agihan itu atau tidak, Abdullah berkata “seperti istilah arab, ‘sami’na wa ata’na’, kami dengar dan kami taat.”
Abdullah yang akan bertanding di Parlimen Muar berkata sukar untuk mendapatkan keputusan yang akan memuaskan hati semua pihak dalam mana-mana gabungan.
“Kami faham (pemimpin PN) tidak dapat puaskan hati semua orang.
“Jadi kalau tanya (tentang puas hati atau tidak), kita reda dan terima keputusan,” katanya lagi.
PAS tidak pernah menang kerusi Parlimen di Johor dan Abdullah berharap PRU15 akan menyaksikan ahli parlimen pertama PAS dari negeri itu.
“Kita harap dapat lahirkan ‘anak sulung’ dan ia boleh jadi ‘kembar atau kembar empat,” katanya.
Selain Abdullah, tiga lagi calon PAS Johor adalah dari latar belakang profesional dan aktivis parti, iaitu timbalan pesuruhjaya negeri Abdul Karim Deraman (P147 – Parit Sulong), Lt.Kol. (B) Mohd Nazari Mokhtar (P155 –Tenggara) dan Zanariyah Abdul Hamid (P149 – Sri Gading).
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Takkan sudah jadi pemimpin berpuluh-puluh tahun tak cukup lagi- Ramlah Adam
- PKR takut dengan Khairy sampai nak tukar calon
- ‘Ribut sementara’, Umno Perlis yakin akar umbi setia pada parti
- A Aida ambil keputusan mengalah
- Pemimpin otai perlu undur, beri laluan muka baharu
- Ustaz Kazim doa cercaan orang ramai diganti pahala
- PN akan calonkan Shahidan di Arau
- Ustaz Kazim tarik diri saat akhir, kekal jadi pendakwah bebas mesra BN
- Mereka digugurkan tak selari dengan akar umbi UMNO – Penganalisis
- 4 pemimpin Friends Of BN diumum sebagai calon
- Saya tak akan beri laluan kepada Annuar – Khlir
- Buang mentaliti warlord, beri peluang muka baharu bertanding
- MIC putuskan tetap bertanding PRU15
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)
Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin